Tinggal dua minggu lagi acara bola sepak Sukan SEA 2019 membuka tirainya, pengendali skuad Malaysia bawah 22 tahun (B-22), Datuk Ong Kim Swee memberi bayangan bintang muda dari Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal bakal menyertai kem latihan pusat pasukan itu dalam masa terdekat.

Menurut Kim Swee, Wan Kuzain akan tiba di Malaysia pada minggu ini untuk menyelesaikan masalah pasport milik pemain itu yang belum diperbaharui dan proses dokumentasi yang perlu diselesaikan dengan kerjasama kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, jika urusan pasportnya tidak dapat diselesaikan dengan segera, peminat bola sepak tempatan mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk menyaksikan kelibatnya bersama pasukan negara.

“Jika semuanya berjalan lancar, Wan Kuzain akan tiba sebelum penghujung minggu ini (di tanah air), dan jika beliau tidak menyelesaikan dokumen tertentu, atau mendapatkan jalan keluar terbaik bagi kedua-kedua pihak, kemungkinan Wan Kuzain akan terkeluar daripada pasukan B-22 kebangsaan,” katanya dalam Bernama. 

73399832_2486256538137762_7771066843288043520_o

FOTO: FAM

Kim Swee sebelum ini melakukan kejutan apabila menyenaraikan muka baharu yang berdarah kacukan Australia-Malaysia, Quentin Cheng yang beraksi bersama kelab Australia, Central Coast Mariners bagi memperkuatkan pasukan menghadapi acara bola sepak Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dari 25 November hingga 10 Disember 2019.

Lima pemain yang membantu skuad Malaysia B-18 layak ke pusingan akhir kejohanan AFC B-19 pada tahun depan turut dipanggil iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhamad Umar Hakeem, Muhamad Mukhairi Ajmal dan Muhammad Azam Azmi Murad.

Mereka akan menyertai kem latihan pusat pada hari khamis ini sebelum diuji dalam perlawanan persahabatan menentang Petaling Jaya City FC.

“Saya memberi waktu rehat supaya mereka kekal cergas apabila bersama kita pada Khamis nanti.

“Saya akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Petaling Jaya City FC pada Jumaat ini, dan daripada perlawanan itu, saya akan menggugurkan beberapa pemain dan seperti saya katakan (sebelum ini), bukan slot automatik dan mereka harus bersaing. Jika mereka menunjukkan prestasi terbaik dalam latihan mahupun perlawanan persahabatan, mereka akan terpilih,” jelas Kim Swee.

Lihat artikel menarik mengenai perkembangan skuad Sukan SEA yang mungkin anda terlepas pandang melalui pautan dibawah.

Masalah Pasport Mungkin Halang Wan Kuzain Beraksi Dalam Sukan SEA 2019

Wan Kuzain Tiada Dalam Senarai, Quentin Cheng Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Sukan SEA 2019

Datuk Ong Kim Swee Pilih Irfan Zakaria Ke Sukan SEA 2019

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group