Pegawai pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia melahirkan kekecewaan beliau terhadap penganjur temasya Sukan SEA 2019 di Filipina kerana kegagalan mereka memberi maklumat dengan jelas mengenai status makanan halal yang disediakan untuk para pemain.

Menurut laporan daripada GMA News, para pemain Indonesia yang beragama Islam didakwa termakan daging babi dengan tidak sengaja kerana terlepas pandang untuk mengetahui kandungan yang terdapat dalam hidangan tersebut.

“Sampai sekarang, mereka masih tidak menangani masalah ini dengan baik. Kami harap mereka dapat asingkan yang mana satu makanan halal dan mana satu yang tidak halal,” kata pegawai pasukan, Gatot Widardo.

Gatot turut menjelaskan dia pernah tersalah memilih makanan di hotel penginapan pasukan kerana terlepas membaca petunjuk nama makanan yang sukar dilihat dengan jelas.

“Ini di Jen Hotel. Makanannya enak. Ada Ikan Asap, udang, ikan, daging sapi di tengah. Di hujung tiba-tiba menu bertukar, tapi dagingnya babi. Ada tulisan nama makanan tetapi sukar untuk dilihat.

“Yang makan babi itu pemain non-muslim. Yang muslim makanan halal. Pemain muslim tidak ada makan babi,” jelasnya seperti dikatakan dalam detik.com.

Pemain tengah Indonesia, Evan Dimas menafikan laporan daripada media yang mengatakan beliau dan rakan sepasukan termakan babi secara tidak sengaja.

“Semua aman. Tidak ada masalah,” kata Evan dalam ayat yang ringkas.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan lain dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2019. 

Datuk Ong Kim Swee Mahu Jentera Serangan Tampil Lebih Tajam

Pelatih Timnas Singapura U-23 Sebut Indonesia Tim Berbahaya

Akira Nishino Akui Indonesia Tampil Lebih Baik Dari Thailand

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group