Skuad bawah 22 tahun (B-22) Myanmar menjadi pasukan yang pertama mengesahkan slot separuh akhir acara bola sepak lelaki temasya Sukan SEA 2019 selepas menewaskan Kemboja 2-1 di Stadium Bola Sepak Binan, malam tadi.

Namun kemenangan mereka tidak hadir dengan mudah kerana dipaksa bekerja keras selepas Kemboja terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui Sin Sophanat pada minit ke 21.

6 minit kemudian, Myanmar kembali menyamakan kedudukan melalui rembatan Lwin Moe Aung yang mudah menewaskan penjaga gol lawan, Hul Kimhuy.

Memasuki separuh kedua, Myanmar terus mengandakan asakan dan berjaya memperolehi jaringan kemenangan pada minit ke 86 selepas Kimhuy tertampan ke gawang sendiri.

78865862_1528281433977330_3702971711411453952_o

Keputusan itu juga menyaksikan pasukan kendalian Velizar Popov itu dinobatkan sebagai juara kumpulan A dengan 10 mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan yang diharungi.

Satu lagi slot separuh akhir menjadi rebutan di antara Malaysia, Kemboja dan Filipina. Ketiga-tiga pasukan ini terikat 4 mata yang sama tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan. Nasib mereka akan diketahui pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada hari rabu ini.

Juara kumpulan A akan bertemu naib juara kumpulan B manakala juara kumpulan B akan bertemu naib juara kumpulan A di peringkat separuh akhir.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas di pentas Sukan SEA adalah pada edisi 2011 di Jakarta. Pada edisi 2017, Malaysia merangkul pingat perak selepas tewas 0-1 kepada Thailand.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan acara bola sepak di temasya Sukan SEA 2019.

Sukan SEA 2019: Luqman Akui Padang Tiruan Di Stadium Memorial Rizal Lebih Licin Dan Bola Lebih Laju

Kemenangan Ke Atas Timor Leste Lonjak Keyakinan Pemain

Sukan SEA 2019: Skuad Bola Sepak Indonesia Hadapi Masalah Cari Makanan Halal Di Filipina

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group