Undian bagi saingan bola sepak lelaki temasya Sukan SEA 2019 telah berlangsung sebentar tadi dimana skuad bawah 23 tahun Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee diundi dalam kumpulan A untuk menghadapi saingan edisi kali ini.

Pasukan negara diundi bersama tuan rumah, Filipina dan tiga pasukan lain iaitu Myanmar, Kemboja dan Timor Leste manakala satu lagi kumpulan iaitu kumpulan B dianggap sebagai kumpulan maut dimana Thailand diundi bersama pasukan Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Melihat kepada pasukan dalam kumpulan A, pasukan negara berdepan tugas yang sedikit mudah untuk mara ke peringkat separuh akhir. Ancaman utama untuk pasukan negara bakal hadir daripada pasukan tuan rumah dimana mereka sudah pasti mahu melangkah sejauh yang mungkin kerana beraksi di tanah air sendiri.

Pada saingan edisi 2017, Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir dan berdepan pasukan Thailand. Namun, pasukan negara tewas dengan keputusan 1-0 sekaligus terlepas peluang untuk memenangi pingat emas.

Baca artikel lain mengenai skuad B-23 tahun negara di sini:

Skuad Malaysia B-23 Diletakkan Dalam Kategori A Untuk Sukan SEA

Ong Kim Swee Daftarkan 8 Pemain Senior Dalam Senarai Awal Skuad Sukan SEA