Skuad bawah 22 tahun Indonesia (B-22) bermula dengan langkah kanan selepas menewaskan pasukan pilihan, Thailand, 2-0 dalam perlawanan pertama mereka kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA 2019 sebentar tadi.

Dalam perlawanan ini, corak permainan pantas skuad Garuda sentiasa memberi ancaman berbahaya kepada benteng pertahanan pasukan kendalian Akira Nishino dan mereka berjaya membuka akaun jaringan melalui Egy Maulana Vikri dalam situasi kelam kabut seawal minit ke 4.

Thailand cuba bangkit mengatur serangan melalui gandingan Suphanat Mueanta dan Chatmongkol Tongkiri serta Supachai Jaided tetapi mereka sukar untuk menembusi benteng pertahanan lawan yang cukup berdisiplin.

Timnas Indonesia U-23. (Foto: PSSI).
Timnas Indonesia U-23. (Foto: PSSI).

Malah, separuh masa kedua menyaksikan Thailand lebih menguasasi perlawanan selepas kemasukan Supachok Saranchat namun akhirnya mereka kelihatan kepenatan beraksi di atas padang tiruan yang lebih licin dan pengerakan bola yang laju.

Indonesia mengambil kesempatan itu dengan melakukan serangan balas melalui larian Saddil Ramdani sebelum membuat hantaran ke Osvaldo Haay yang tidak dikawal lalu menjadikan kedudukan kepada 2-0.

Kemenangan ini meletakkan Indonesia di tangga kedua dalam kumpulan B dibelakang Vietnam yang mencatat kemenangan besar ke atas Brunei, 6-0 kelmarin. Selepas ini, Indonesia akan bertemu Singapura pada hari khamis ini.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan lain dalam saingan Sukan SEA 2019 melalui pautan dibawah.

Sukan SEA 2019: Luqman Akui Padang Tiruan Di Stadium Memorial Rizal Lebih Licin Dan Bola Lebih Laju

Pemilik Ceres Negros Hulur Bantuan 17 Buah Bas Untuk Kegunaan Pasukan Bola Sepak Sukan SEA 2019

Fandi Ahmad Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama FAS, Bakal Kendalikan Pemain Muda Elit