Isu yang menjadi kerisauan semua pasukan yang akan bertanding dalam acara bola sepak Sukan Asia 2018 seakan sudah hampir selesai.

Tiada undian semula bagi semua pasukan akan dibuat, sebaliknya pasukan-pasukan yang tercicir dari undian asal sebelum ini akan diundi ke dalam kumpulan sedia ada.

Ini akan menjadikan 2 dari 6 kumpulan akan mempunyai 5 pasukan dan 4 kumpulan lagi kekal dengan 4 buah pasukan, selepas perbincangan diantara AFC, pengajur Sukan Asia dan OCA.

Selepas semua pasukan ditetapkan dalam kumpulan masing-masing, jadual rasmi acara bola sepak Sukan Asia 2018 akan dikeluarkan.

Oleh yang demikian, Malaysia akan kekal berada dalam kumpulan E bersama-sama Korea Selatan, Kyrgyzstan serta Bahrain, dan hanya menantikan samada ada penambahan 1 lagi pasukan UAE atau Palestin.