Sejak saingan Liga Indonesia ditangguhkan pada bulan Mac lalu, stadium kelab PSM Makassar tiba-tiba bertukar jadi kebun sayur apabila seorang penduduk mengambil kesempatan untuk bercucuk tanam di kawasan sekitarnya.

Terdapat pelbagai jenis sayuran seperti sawi hijau ditanam berhampiran kawasan tempat duduk Stadium Mattoanging yang dibina sejak tahun 1957. Malah, masih ada lagi tanaman yang sedang menanti untuk tumbuh di kawasan tempat duduk utama seolah-olah tidak terurus.

https://www.instagram.com/p/CAY4uWqA5gg/

Selain itu, kawasan padang juga bertukar menjadi lebih lebat dan dipenuhi dengan semak samun sehingga tidak lagi kelihatan garisan kotak penalti dan garisan keluar.

Setiausaha bahagian pengurusan Stadium Mattaoanging, Muhlis Mallajareng mengakui tidak tahu menahu pasal penanaman sayuran tersebut. Menurutnya, ia masih menjadi tanggungjawab pihak PSM Makassar untuk menguruskan stadium tersebut kerana terikat kontrak sewaan selama 1 tahun.

“Selama ini masih dikontrak PSM tapi sebab ada COVID-19 jadi padangnya tidak lagi terpakai,” kata Muhlis kepada BolaSport.

Sebelum ini, pernah ada cadangan untuk mengubahsuai Stadium Mattoanging pada tahun 2019 dengan anggaran kos Rp 200 billion (RM60 juta). Bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan masih belum berjalan.

Video rekaan baharu stadium itu juga sudah dipersembahkan kepada Gabenor Sulawesi, Nurdin Abdullah dengan kapasiti tempat duduk 30,000.

Liga 1 2020 sendiri belum ada kepastian bilakah ia akan disambungkan semula. Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mencadangkan untuk menyambung saingan liga pada 29 Mei 2020 bergantung pada situasi semasa wabak pandemik COVID-19.

Jika kerajaan Indonesia tidak memberi kebenaran rasmi, saingan Liga Indonesia bakal dibatalkan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Buriram United Tawar Gaji RM1.3 Juta Sebulan Untuk Dapatkan Khidmat Daniel Sturridge

K League Denda FC Seoul RM356,000 Selepas Didapati Bersalah Guna Patung Seks

Muangthong United Potong Gaji Pemain Sebanyak 30 Peratus