Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Masa depan Pogram Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) kini menjadi tanda tanya apabila Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Dennis Bekking dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan Selangor bermula musim hadapan.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini, Selangor mengumumkan mereka melantik Dennis Bekking bagi mengisi jawatan Pengarah Teknikal kelab dan beliau akan mengendalikan aspek teknikal yang melibatkan pasukan pembangunan termasuk Selangor B23, Selangor B20, Selangor B18, dan pasukan bola sepak Sekolah Sukan Negeri Selangor.

Selain itu, seorang lagi watak penting NFDP iaitu Saad Ichalelene pula dikaitkan dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim dan sekiranya Saad menyertai kelab dari Selatan itu, maka program tersebut akan kehilangan nahkoda mereka.

Salah seorang pemerhati bola sepak negara, Piang Shankly mencadangkan agar program tersebut diletakkan dibawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana beberapa faktor.

Yang pertama, FAM sebagai badan bola sepak negara mempunyai kepakaran serta lebih berpengalaman dalam menguruskan hal bola sepak berbanding Majlis Sukan Negara (MSN) yang menjadi pengelola program itu ketika ini. Selain itu, NFDP juga bertepatan dengan program pembangunan akar umbi yang sedang dijalankan oleh FAM ketika ini seperti Liga Superimau dan juga skuad kebangsaan bawah umur seperti B-16 dan B1-9 tahun.

Menurut Piang, MSN tidak sepatutnya mempunyai program istimewa dibawah kelolaan mereka iaitu bola sepak dan badan tersebut seharusnya memberikan fokus yang sama rata terhadap sukan lain dalam negara.

Sejak dilancarkan pada 2014, NFDP dan AMD telah melahirkan beberapa pemain muda terbaik yang kini beraksi bersama pasukan Liga Super dan juga kelab luar negara seperti Luqman Hakim yang ketika ini beraksi bersama kelab Belgium iaitu KV Kortrijk serta pemain lain seperti Sikh Izhan Nazrel, Zikri Khalili, Harith Haiqal, Azrin Afiq, Fahmi Daniel (Selangor), Arif Aiman dan Umar Haqeem (JDT).

Melihat kepada barisan pemain yang telah dilahirkan dari program NFDP, penting untuk program tersebut mempunyai kesinambungan bagi memastikan negara tidak ketandusan bakat baharu pada masa akan datang.