Pemain tengah Liverpool, Thiago Alcantara berazam untuk memberikan sumbangan lebih berkesan buat The Reds pada musim ini selepas beliau telah melepasi ‘masa sukar’ bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Menyertai Liverpool pada jendela musim panas kempen 2020/21 dengan yuran perpindahan bernilai £20 juta, pemain berusia 30 tahun itu membuat 30 penampilan dalam semua pertandingan dan hanya mampu menjaringkan satu gol tanpa sebarang bantuan jaringan dapat dicipta.

Beliau juga terlepas sebahagian besar aksi sehingga pertengahan musim berikutan kecederaan lutut serta turut disahkan positif COVID-19.

Sehubungan dengan itu, Thiago melihat musim keduanya di Liverpool akan lebih memberikan sinar buatnya dalam usaha untuk membantu skuad kendalian Jurgen Klopp itu bagi meraih pelbagai gelaran musim ini.

“Ya, saya tidak tahu adakah seharusnya menghitung pengalaman selama setahun di England, mengingatkan semuanya ditutup kerana COVID, jadi kami belum boleh menikmati banyak perkara di negara ini.”

“Dari segi Liga Perdana Inggeris, saya merasainya selama semusim betapa kompetitifnya saingan di sini dan permainannya cukup pantas,” ujar Thiago menurut kenyataan dikeluarkannya di laman sesawang rasmi Liverpool.

“Memang begitu jika anda sedang cuba untuk menyesuaikan diri, ia merupakan tahun yang baik tetapi saya mengalami masa-masa yang sukar. Saya merasakan kini saya telah mengatasinya dan tidak sabar untuk menghadapi musim ini.”

“Ketika saya tiba di sini saya sudah jelas dengan apa yang saya boleh lakukan untuk pasukan dan apa yang kelab boleh berikan kepada saya. Saya akan terus bekerjasama dan saya merasakan kami sentiasa menemui perkarea baharu, baik dari segi pemain yang sudah lama di sini mahupun rekrut baharu.”

“Kami ingin memenangi segalanya dan memiliki rasa lapar yang bukan hanya untuk memenangi semua pertandingan tetapi melibatkan semua perlawanan dihadapi,” tambah Thiago lagi.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Kelayakan Piala Dunia 2022: Aksi Vietnam Menentang Australia Guna Teknologi Garisan Gol

Perak Sasar Juara Liga Premier Musim Depan

Dominic Tan Beri Fokus Untuk Saingan Thai League Musim Ini, Terbuka Untuk Kembali Ke Malaysia

Sumber