Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan hukuman terhadap beberapa pemain Liga Super dan Liga Premier kerana kelakuan yang tidak bersemangat sukan.

Antara pemain yang dikenakan hukuman tersebut ialah pemain import Kelantan, Jack Raymond Hindle, Khairil Anuar (PJ City), Alex Goncalves (Melaka United) dan Hein Htet Aung (Selangor).

Jack Hindle dan Alex Goncalves hanya diberikan amaran keras supaya tidak melakukan perbuatan ini lagi dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Manakala Khairil Anuar yang didapati bersalah “berlakon” untuk mendapatkan sepakan penalti digantung dua perlawanan iaitu PJ City FC bertemu Terengganu FC (2 April 2021) dan Kuala Lumpur City FC (7 April 2021).

Hein Htet Aung  turut digantung satu perlawanan selepas melakukan kesalahan mempamerkan simbol yang berbaur politik (3 jari) semasa perlawanan menentang PDRM FC.

riga_1615373259

FOTO: Harian Metro

Bagaimanapun, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh menerusi kenyataannya dalam Sinar harian menyifatkan hukuman yang dikenakan terhadap Hindle adalah sesuatu yang melucukan kerana pemain itu secara terang-terang telah menolak pengadil perlawanan.

“Pada saya hukuman terhadap Hindle sesuatu yang melucukan kerana jika seseorang pemain melakukan simulasi dikenakan penggantungan dua perlawanan, sebaliknya apabila menyentuh pengadil perlawanan dikenakan amaran keras.

“Persoalan saya adakah hukuman yang dikenakan Jawatankuasa Tatatertib FAM terhadap Hindle boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada pemain lain untuk tidak melakukannya lagi? Jadi marilah sama-sama kita fikirkan,” katanya.

Pengadil kena tolak

Apa ref buat kat situ? 🤦🏻‍♂️Sumber video: TRW Kelantan FC dan Balrz.tv#LigaPremier2021#VocketFC

Posted by VOCKET FC on Saturday, March 6, 2021

“Sejujurnya saya agak kecewa dengan keputusan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM yang sememangnya diharap dapat melindungi pegawai pertandingan perlawanan Liga-M.

“Tapi itulah keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang difikirkan terbaik untuk masa depan bola sepak negara dan jika dipraktikkan di seluruh dunia, kita terimalah walaupun ia akan memberikan kesan dalam jangka panjang.

“Cuma saya rasa bimbang kerana keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM ini akan menjadi ‘jaminan’ kepada segelintir pemain lain untuk melakukan perbuatan sama terhadap pegawai pertandingan kerana setiap kali hukuman dijatuhkan, kebiasaannya ia akan dijadikan rujukan untuk kes seterusnya.

“Selepas ini kita boleh menjangkakan terdapat segelintir pemain tidak lagi akan menghormati pegawai perlawanan berikutan keputusan yang jelas tidak memberikan mesej pengajaran kepada mereka,” katanya dipetik dalam Sinar Harian.

Baca artikel lain mengenai isu pengadil melalui pautan dibawah.

Prestasi Pengadil Liga Malaysia Berada Di Tahap Membimbangkan

Pengadil Perlawanan Sabah Bertemu Terengganu Digantung 2 Minggu, Natxo Insa Akan Dirujuk Ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

Pengadil ‘Kantoi’ Terkencing Dalam Seluar Sebelum Sepak Mula

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group