Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat tindakan yang dilakukan oleh pemain Perak, Sunday Afolabi pada pertembungan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Premier baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak dialu-alukan dalam saingan bola sepak peringkat tertinggi.

Afolabi menari dan kemudiannya menjatuhkan badan pada minit-minit terakhir permainan ketika Perak sedang mendahului 2-1 sekaligus tindakan beliau mendapat kritikan dari ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air.

Ada peminat yang meminta pendapat Subkhiddin sebagai pengadil yang berpengalaman luas dalam saingan liga domestik mengenai tindakan pemain import itu sama ada layak mendapat hukuman kerana melakukan provokasi melampau terhadap pemain lawan.

“Memahami bola sepak, menjadi bijak dalam menguruskan pemain adalah perlu untuk membolehkan mereka faham bahawa ‘kelakuan’ sedemikian tidak dialu-alukan dalam saingan bola sepak peringkat tertinggi. Tetapi saya tidak nampak keperluan untuk ‘berkeras’ dengan tindakan disiplin,” katanya.

Selain kejadian antara pemain, aksi Perak menentang Kelantan turut diwarnai dengan kejadian antara penyokong dimana segelintir penyokong Perak dilihat melakukan provokasi melampau terhadap peminat tuan rumah selepas permainan tamat.

Akibat daripada kekecohan ini, pasukan keselamatan Stadium Sultan Muhammad IV terpaksa menahan seketika penyokong Perak dari keluar stadium kerana terdapat segerombolan besar penyokong Kelantan yang menunggu mereka di luar stadium.

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham turut menegur sikap segelintir peminat Perak yang membuat kekecohan ketika aksi kedua-dua pasukan.

Zamsaham menerusi laman media sosial Facebook beliau nyata kecewa dengan tindakan peminat pasukan pelawat dan memberikan teguran dimana beliau menggesa agar peminat tidak membuat kekacauan apabila bertandang ke tempat lawan.

“Mudah-mudahan peminat luar perlu lebih beradab dan profesional. Jangan datang tempat orang buat kacau. Kalah dan menang adat permainan. Saya boleh terima. Tapi kalau sampai provok, kencing dan pijak bendera ini sesuatu yang tidak ramai.

“Di masa depan perlu saling hormat- menghormati. Semoga peminat Kelantan semuanya sihat, selamat pergi dan balik ketika menghadiri perlawanan,” kata Zamsaham.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Subkhiddin Berikan Pendapat Mengenai Insiden Hong Wan “Parap” Syafik Ismail

Zamsaham: Jangan Datang Ke Tempat Orang Buat Kacau

Nafuzi Zain Tetap Bangga Dengan Aksi Anak Buah Bertemu JDT