Pemain muda berdarah kacukan Malaysia dan England, Stuart Wilkin kini dilihat berada di selatan tanah air menjalani latihan bersama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT).

Difahamkan pemain yang berusia 22 tahun itu telah tiba di Malaysia sejak bulan Oktober lalu dan kehadirannya di pusat latihan JDT menjadi persoalan dalam kalangan peminat sama ada beliau akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Dua tahun lalu, beliau pernah menyatakan minat untuk menyarung jersi pasukan bawah 23 tahun Malaysia ketika dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

C06Za2gUUAEsE4e

Beraksi di posisi sayap, Wilkin merupakan produk daripada akademi Southampton FC. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran dan menyertai pasukan Missouri State Bears dalam saingan Liga Universiti Amerika Syarikat.

Ketika mewakili skuad remaja Southampton FC, beliau membuat 20 penampilan dalam saingan Liga Belia England musim 2015/2016 dan satu penampilan dalam saingan Piala FA Belia.

Wilkin juga berjaya menjaringkan 4 gol serta 12 assists pada musim tersebut.

SU_1517-768×432
Aksi Stuart Wilkin bersama pasukan Missouri State Bears di Amerika Syarikat.

Jika beliau berjaya diikat oleh juara Liga Super itu, ia bakal memberi banyak pilihan kepada Benjamin Mora untuk membentuk barisan yang lebih kuat dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Pulau Pinang Layak Ke Suku Akhir Piala Malaysia Buat Kali Pertama Sejak 2006

Arif Aiman Pemain Paling Muda Jaringkan Gol Dalam Saingan Piala Malaysia 2020

Kedah Singkir Pahang Daripada Saingan Piala Malaysia 2020