Pasukan Terengganu FC nampaknya belum selesai dalam usaha untuk mencari pemain baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila pemain kacukan negara, Stuart Wark dilihat menjalani latihan bersama skuad itu.

Terengganu FC memuat naik gambar yang menunjukkan pemain sedang menjalani sesi latihan pada semalam dan bekas pemain tengah Felda United itu kelihatan ikut serta dalam sesi yang dikendalikan oleh ketua jurulatih pasukan, Nafuzi Zain.

Stuart Wark
Sumber Gambar: Terengganu FC

Pada saingan musim 2019, Stuart Wark beraksi dengan dua pasukan Liga Perdana iaitu Pulau Pinang dan seterusnya beliau menyertai PDRM FA pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Bersama PDRM, Stuart membantu skuad The Cops layak ke saingan Liga Super musim hadapan apabila menamatkan saingan di tangga ke-3 dibelakang pasukan Sabah dan Johor Darul Ta’zim II.

Stuart Wark
Sumber Gambar: Goal.com

Jika Stuart menyertai TFC, maka beliau akan menjadi pemain keenam yang menyertai naib juara Piala Malaysia 2018 itu setelah Dominique Da Sylva, Babacar Diallo, Nasir Basharudin, Faris Ramli dan Faiz Nasir.

Baca artikel lain mengenai pasukan Terengganu FC di sini:

Syamim Yahya Dakwa Kenyataan Terengganu FC Bercanggah Dan Tidak Tepat

Terengganu FC Umum Babacar Diallo Sebagai Tonggak Pertahanan Baharu

Bekas Pemain Terengganu FC Masih Menunggu Baki Tunggakan Gaji