Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam yakin pasukan negara tidak akan berdepan masalah untuk mendapatkan pemain bagi menghadapi perlawanan persahabatan Sri Lanka pada 5 Oktober ini.

Isu mengenai pemain timbul selepas perlawanan menentang Sri Lanka tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe mungkin berdepan masalah untuk mendapatkan pemain kerana perlawanan itu diadakan dua hari sebelum jadual kalendar antarabangsa tatkala beberapa pasukan sedang sibuk dengan cabaran Piala Malaysia.

Stuart Ramalingam
Stuart Ramalingam

“Memang tidak banyak pasukan yang berkelapangan ketika ini.

“(Ini kerana) kebanyakan pasukan terbaik Asia sedang mengharungi kelayakan Piala Dunia 2022.

“Perlawanan dengan Sri Lanka pula di luar jadual FIFA dan kebanyakan liga pula belum melepaskan pemain mereka,” kata Stuart menurut laporan Stadium Astro.

Perlawanan menentang Sri Lanka dijadikan sebagai platform pemanas badan sebelum berlepas ke Hanoi bagi menghadapi pasukan Vietnam dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 10 Oktober.

Malaysia
FOTO: FAM

Setakat dua perlawanan kempen kelayakan, Malaysia menduduki tangga ketiga dalam kumpulan G dengan 3 mata selepas menewaskan Indonesia dan tunduk kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Sri Lanka Uji Kekuatan Harimau Malaya Sebelum Bertemu Vietnam

Tan Cheng Hoe Tidak Tolak Kemungkinan Lebih Ramai Pemain Kacukan Digunakan

FAM Akan Berbincang Dengan PSSI Mengenai Jumlah Peruntukan Tempat Duduk Penyokong Indonesia Di Stadium Nasional Bukit Jalil