Langkah yang diambil oleh Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dan Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji mendapat pujian daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata FAP dan PDRM berjaya menyelesaikan sebanyak 37 kes membabitkan hutang kepada pemain dan pegawai pasukan.

Stuart

“Dari Disember 2018 ke September 2019, Pulau Pinang ada 19 kes dengan hutang kira-kira RM2 juta. Tapi sekarang ini Pulau Pinang ada satu kes sahaja dan kes itu pun masih dalam status, belum diputuskan lagi.

“Satu lagi pasukan yang boleh dijadikan contoh adalah PDRM yang mana tahun lalu mereka ada 18 kes, tapi sekarang tiada kes lagi,” kata Stuart menurut laporan Berita Harian.

PERLESENAN KELAB-01
Perlesenan kelab

Sebelum ini, Stuart mengesahkan pasukan Pulau Pinang dan PDRM termasuk dalam tiga pasukan Liga Perdana yang diberi lesen kebangsaan tetapi bersyarat. Mereka perlu melengkapkan segala dokumen dalam tempoh diberikan hingga 30 Oktober ini.

Pada masa yang sama, Stuart turut menjelaskan pihaknya akan membantu pasukan bagi mendapatkan lesen bagi membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

“Tapi dalam memastikan pengurusan bagus, ia adalah tugas FAM dan First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM untuk memastikan pengurusan mengambil inisiatif menyelesaikan segala masalah,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji dan juga perlesenan kelab di sini:

Tiga Pasukan Liga Super Gagal Hantar Dokumen Lengkap Perlesenan Kelab

Sembilan Pasukan Lulus Lesen Kelab Untuk Liga Super 2020

Presiden MUSA Beri Jaminan Gaji Pemain Melaka Dilunaskan Hujung Bulan Ini