Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menyatakan jika mana-mana negara Asia Tenggara mahu menganjurkan temasya Piala Dunia, ianya perlu mendapat sokongan daripada kerajaan tempatan.

Stuart berkata demikian setelah mengadakan perbincangan bersama ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) baru-baru ini di Kemboja selepas beberapa negara Asia Tenggara yang mahu menganjurkan temasya Piala Dunia 2034.

Stuart Ramalingam
Sumber Gambar: FAM

“Lanjutan daripada perbincangan itu akan ada perjumpaan bersama kementerian berkaitan antara negara yang terbabit dengan penganjuran Piala Dunia nanti.

“Jadinya, ada dua lagi perjumpaan akan diadakan sebelum keputusan atau perkara berkaitan penganjuran Piala Dunia dipersetujui bersama,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Nada sama turut disuarakan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dimana beliau menyatakan peluang negara Asean untuk membida hak tuan rumah saingan Piala Dunia 2034 akan semakin cerah sekiranya mendapat sokongan dan bantuan sepenuhnya daripada pihak kerajaan pusat.

Stuart
Sumber Gambar: FAM

“Bagi saya, ia mudah. Jika kita mahu menganjurkan Piala Dunia dengan beberapa negara, ini satu perkara yang baik jika melihat kepada ekonomi, tarikan pelancong namun kerajaan perlu memberi sokongan 100 peratus kepada kita.

“Kita memerlukan sokongan daripada segi infrastruktur, imigresen, kesihatan dan sebagainya. Ini bukan kepada kita saja namun kepada semua negara yang mahu melakukan bidaan.

“Kriteria Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) begitu ketat dan untuk itu, kita memerlukan sokongan kerajaan dalam semua perkara,” kata Datuk Hamidin.

Baca artikel mengenai hasrat negara Asean mahu menganjurkan temasya Piala Dunia di sini:

Boleh Anjurkan Piala Dunia Tapi Bersyarat – Hamidin

Gabungan Pemain Asean Langgar Undang-Undang FIFA

Harimau Malaya Tidak Berniat Ke Piala Dunia Secara Percuma