Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menegaskan pihaknya tidak akan membabi-buta dalam mengambil khidmat pemain naturalisasi bagi beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Sebaliknya, pemain tempatan akan diberi keutamaan sambil menekankan pemain naturalisasi hanya akan dipertimbangkan jika pemain tersebut mempunyai kualiti serta menepati keperluan pasukan negara.

Stuart
Sumber Gambar: FAM

“Tiada kuota, had atau apa-apa nombor dan tak pernah dalam jawatankuasa membincangkan satu nombor seperti kita nak lima atau 10 pemain naturalisasi.

“Hanya yang dibincangkan adakah pemain itu mampu menyumbang untuk pasukan kebangsaan atau tidak. Kalau tiada kualiti, kita tak ambil.

“Kita tengok apa keperluan kepada pasukan kebangsaan, bukannya bila ada pilihan kita nak ambil semua. Pasukan ini tetap pasukan Malaysia, pemain tempatan akan diberi keutamaan dan hanya ada kelemahan yang akan dipertimbangkan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Stuart
Liridon Krasniqi menjadi pemain naturalisasi kedua yang akan beraksi bersama pasukan kebangsaan. Sumber Gambar: FAM

Baru-baru ini, selepas Liridon menjadi pemain naturalisasi kedua, timbul cadangan agar FAM mempertimbangkan 10 lagi pemain bagi dijadikan pemain naturalisasi pada masa akan datang.

Namun, cadangan ini mendapat tentangan daripada peminat bola sepak tanah air dimana mereka mahu anak tempatan beraksi bersama pasukan negara.

Baca artikel lain mengenai pemain naturalisasi Malaysia di sini:

Brendan Gan Tidak Suka Dilabelkan Sebagai ‘Pemain Naturalisasi’

Tiga Pemain Yang Boleh Dipertimbangkan Untuk Dijadikan Pemain Naturalisasi

FIFA Benarkan Liridon Krasniqi Sarung Jersi Harimau Malaya Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022