Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menegaskan pemain yang melakukan sentuhan terhadap pengadil tidak semestinya melakukan kesalahan ataupun ada provokasi yang dilakukan.

Menurut Stuart, terdapat situasi dimana pemain menyentuh pengadil kerana mahu mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai keputusan yang dibuat pada perlawanan Liga Malaysia.

“Kita jangan lihat apabila ada sentuhan walaupun nampak kasar sebenarnya bagi pengadil perlawanan ketika itu tiada apa yang berlaku.

“Jika terdapat insiden berkenaan, FAM akan bertanya kepada pengadil berkenaan adakah ada unsur provokasi namun dia menjawab tiada cuma sentuhan terbabit untuk dapatkan penjelasan saja.

“Oleh itu, biarkan pengadil membuat keputusan terbabit dan dia akan tentukan sentuhan itu adakah kekerasan terhadapnya atau sebaliknya.

“Pemain boleh sentuh pengadil namun ia bergantung kepada niat dan situasi mereka iaitu bukan bertujuan provokasi atau mendatangkan kecederaan,” katanya menurut laporan Cakap Sukan.

Terdapat beberapa insiden pemain menolak pengadil dalam beberapa perlawanan Liga Super musim ini dimana pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera telah menolak pengadil sebanyak dua kali iaitu ketika aksi menentang Perak dan Sri Pahang.

Selain itu, penyerang Kelantan, Jack Hindle turut menolak pengadil pada perlawanan pertama saingan Liga Perdana menentang Perak II manakala seorang lagi pemain JDT, Natxo Insa juga menolak pengadil pada aksi di Ipoh.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Beralih Ke Futsal, Shahrom Kalam Bakal Sertai Selangor Tot United?

Empat Pemain Berpangkalan Di Luar Negara Terus Terbang Ke Dubai

Ong Kim Swee: Kita Perlu Beri Bimbingan Buat Skuad Projek FAM/MSN