Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam memberi penjelasan mengapa Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai venue bagi perlawanan Piala Sumbangsih 2022 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City.

Keputusan MFL ini nyata menerima kritikan hebat khususnya daripada peminat dimana mereka mempersoalkan tindakan badan pengelola liga itu yang tidak mengadakan perlawanan di gelanggang berkecuali.

Menurut Stuart, MFL ada sebab tersendiri mengapa perlawanan tersebut diadakan di SSI dan bukan gelanggang berkecuali seperti yang dipersoalkan oleh peminat.

Stuart Ramalingam
Stadium Sultan Ibrahim

“Venue Piala Sumbangsih, seperti saya
katakan (adalah) venue juara Liga Super,
jadi ia akan dimainkan di (SSI) Johor,
menentang Kuala Lumpur untuk
mengelakkan perjalanan besar-besaran
dan juga operasi secara keseluruhan untuk
Piala Sumbangsih ketika pandemik (Covid
19).

“Orang ramai mungkin berkata kami
sepatutnya mengadakan perlawanan ini di
venue berkecuali tetapi dalam situasi
covid-19 a tidak selalunya mudah, jadi,
untuk kebaikan semua pihak, kebaikan bola
sepak, kami perl melakukan perubahan
terhadap situasi covid tempatan,” kata Stuart Ramalingam.

Tambah Stuart, sukar untuk penyokong hadir ke stadium dengan kapasiti penuh memandangkan pandemik COVID-19 masih lagi membelenggu negara terutamanya dengan adanya variant Omicron yang mempunyai kesan lebih buruk berbanding variant lain.

JDT merupakan juara bertahan bagi saingan Piala Sumbangsih dimana mereka menewaskan pasukan Kedah Darul Aman pada perlawanan edisi 2021.

Skuad bimbingan Benjamin Mora itu telah terlibat dalam perlawanan Piala Sumbangsih sebanyak 7 kali sejak musim 2015 dan memenangi enam daripada tujuh perlawanan yang dihadapi.

Kekalahan tunggal JDT ialah pada esisi 2017 dimana mereka tewas kepada Kedah menerusi penentuan sepakan penalti setelah permainan tamat dengan keputusan seri 1-1.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Cadangan Perubahan Waktu Sepak Mula Liga Malaysia Kepada 8.15 Malam Disambut Positif Oleh Pemain

Dibawa Menaiki Limo, Syahmi Safari Sah Milik Harimau Selatan

Shukor Adan Antara 6 Individu Yang Dipilih Sertai Pasukan Bedah Siasat Laporan Prestasi Harimau Malaya