Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) beberapa hari yang lalu telah mengumumkan secara rasmi struktur terkini untuk saingan Liga FAS yang akan dilaksanakan pada musim 2021 ini.

Secara keseluruhannya, ini adalah saingan liga bola sepak amatur di Selangor yang perlu diketahui oleh lebih ramai pemain, peminat dan sebagainya sekiranya berada di negeri Selangor.

Struktur asasnya adalah terdiri daripada 5 peringkat iaitu;

  • Liga Super FAS
  • Liga Perdana FAS
  • Liga FAS Bahagian I
  • Liga FAS Bahagian II
  • Liga Joma

Sila rujuk gambar rajah piramid Liga FAS yang telah dikeluarkan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

Liga Joma ini sebenarnya adalah sebuah liga jemputan untuk pasukan yang bukan di bawah naungan FAS dan ini merupakan pentas permulaan untuk pasukan-pasukan sebelum diterima sebagai ahli gabungan FAS.

Beberapa pasukan daripada Affiliate League (liga-liga ahli gabungan) akan mendapat sama ada slot automatik ataupun playoff untuk pertandingan Selangor Champions League.

Mungkin tidak ramai yang sedar mengenai perkara ini telah diumumkan beberapa hari yang lalu dan kami mengambil kesempatan untuk menghebahkan perkara ini supaya lebih banyak pasukan boleh menghidupkan industri ini bagi memartabatkan bola sepak negara.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

ZamSaham: “Jika Penyokong Tak Berkira, Saya Tidak Berkira Untuk Dapatkan Pemain Berkualiti Dan Fasiliti”

Pakai Jersi Pasukan Luar Negara Ketika Bertugas, Pengurus Nasarawa United Diberikan Amaran Keras Oleh NPFL

Amirizdwan Taj: Daripada ‘Striker’ Kolej Perindu UiTM Shah Alam Hingga Dipanggil Datuk K Rajagobal