Tidak lama lagi akan bermulanya pusingan kelayakan kejohanan AFC U16 2020 yang akan diadakan di Laos. Pasukan Malaysia U16 telah diundi dalam kumpulan J bersama-sama Jepun, Kemboja dan Laos.

Seperti yang semua sedia maklum Jepun dilihat sebagai lawan paling kuat namun cabaran Kemboja dan Laos tidak boleh dipantang enteng berdasarkan kepesatan pembangunan bola sepak yang dilakukan.

team_23

Kami cuba membawa pembaca untuk melihat lebih dalam mengenai struktur liga bawah 15 tahun Jepun untuk memahami berapa besar pool pemain dalam kategori umur ini yang mereka ada sebenarnya. Teruskan membaca penerangan dibawah.

9 Blok Utama Mengikut Kedudukan Geografi

Liga bawah 15 tahun Jepun terbahagi kepada 9 buah blok utama mengikut kedudukan geografi seperti yang ditetapkan oleh JFA.

Setiap blok memiliki 1 hingga 3 divisyen berdasarkan berapa besar blok tersebut seperti dibawah;

  • Hokkaido: 2 divisyen
  • Tohoku: 3 divisyen
  • Kanto: 3 divisyen
  • Hokushinetsu: 2 divisyen
  • Tokai: 1 divisyen
  • Kansai: 2 divisyen
  • Chugoku: 1 divisyen
  • Shikoku: 1 divisyen
  • Kyushu: 2 divisyen
Screenshot 2019-09-15 at 11.46.17 AM
Gambar kedudukan semasa pasukan dalam saingan divisyen 1 Liga Kansai Sunlife U15

Dari segi jumlah pasukan yang bertanding pula, jumlah keseluruhannya adalah sekitar 156 pasukan diseluruh Jepun, tidak termasuk liga-liga lain yang berskala lebih kecil.

Dengan andaian setiap pasukan mempunyai 23 pemain, jadi Jepun mempunyai sekurang-kurangnya 3,588 pemain bawah 15 tahun yang aktif bermain dalam 3 divisyen paling atas.

regions_of_japan

Pecahan bilangan pasukan dalam setiap blok dan divisyen adalah seperti berikut;

  • Hokkaido: Divisyen 1, 8 pasukan / Divisyen 2, 10 pasukan.
  • Tohoku: Divisyen 1, 8 pasukan / Divisyen 2, 8 pasukan / Divisyen 3, 8 pasukan
  • Kanto: Divisyen 1, 12 pasukan / Divisyen 2, 9 pasukan / Divisyen 3, 9 pasukan
  • Hokushinestsu: Divisyen 1, 8 pasukan / Divisyen 2, 8 pasukan
  • Tokai: Divisyen 1, 10 pasukan
  • Kansai: Divisyen 1, 12 pasukan / Divisyen 2, 10 pasukan
  • Chugoku: Divisyen 1, 10 pasukan
  • Shikoku:Divisyen 1, 10 pasukan
  • Kyushu:Divisyen 1, 10 pasukan / Divisyen 2, 6 pasukan

Slot Kelayakan Ke Kejohanan Takamado JFA U15 Championship

Setiap blok seperti diatas telah diberikan bilangan slot tertentu dalam kejohanan Takamado JFA U15 Championship yang biasanya diadakan pada hujung tahun.

Apa yang boleh dikatakan, liga utama dalam kesemua divisyen tadi adalah seperti pusingan kelayakan untuk mencari pasukan mana yang paling layak mengisi slot kejohanan Takamado JFA U15 Championship.

team_08

Sebanyak 32 slot perlu dipenuhkan dalam kejohanan itu yang menggunakan format kalah mati. Pasukan yang muncul juara dalam kejohanan Takamado JFA U15 Championship ini boleh dianggap sebagai ‘KING’ untuk bola sepak kategori bawah umur 15 tahun di Jepun.

Majoriti pemain dalam skuad Jepun bawah 15 tahun yang tiba di Laos beraksi dalam saingan tertinggi kategori umur ini di peringkat domestik.

Namun, seperti yang kita juga tahu ramai pemain-pemain utama Jepun sudah pun diperhatikan dengan teliti oleh pasukan kejurulatihan Malaysia dalam beberapa kejohanan antarabangsa sebelum ini yang mungkin akan dapat membantu persediaan pasukan nanti.

Baca artikel padu berkaitan bola sepak Jepun dibawah untuk lebih faham mengenai gaya mereka.

Lelaki Ini Berkongsi Bagaimana ‘Setup’ Pembangunan Bola Sepak Elit Remaja Jepun

‘Prince Takamado League’ Platform Elit Bola Sepak Remaja U18 Jepun

182 Pemain Profesional Dilahirkan Untuk Musim 2019, Platform Mana Paling Produktif Di Jepun?