Kemunculan beberapa pemain dari Asia Tenggara dalam saingan J.League sememangnya bukan sahaja menarik perhatian ramai peminat dari negara pemain tersebut malahan juga telah berjaya membuka peluang untuk syarikat dari negara matahari terbit itu untuk terus memberikan sokongan.

Berdasarkan sebuah artikel yang dikeluarkan oleh NHK baru-baru ini, yang mengambil contoh 2 pemain dari Asia Tenggara yang kini bersama pasukan kelab dalam saingan J.League – Chanathip Songkrasin dari Thailand dan Hadi Fayyadh dari Malaysia, menyatakan bahawa syarikat-syarikat Jepun yang terlibat secara langsung dengan pemain-pemain itu berjaya meraih laba yang besar.

Aura Chanathip Songkrasin Bantu Jualan Kasut Mizuno Di Thailand Meningkat 70%!

Menurut artikel yang dikeluarkan, sambutan peminat bola sepak Thailand terhadap saingan JLeague meningkat dengan mendadak selepas beberapa pemian utama pasukan kebangsaan mereka beraksi disana.

Apabila melihat kepada perkara ini, sebuah jenama sukan tersohor dari Jepun, Mizuno, mengambil langkah awal dengan mengikat penjanjian penajaan bersama Chanathip Songkrasin.

DusenDIUwAAPN4s

Walaupun jika dibandingkan dengan beberapa jenama sukan lain seperti Adidas dan Nike, kedudukan Mizuno boleh dikatakan agak jauh popularitinya namun dengan aura yang dimiliki oleh Chanathip Songkrasin, dalam tempoh setahun yang lalu Mizuno berjalan mencatat peningkatan jualan kasut bola mereka sebanyak 70%!

Syarikat Akagi Nugyo Sasar Jual 69,000,000 Batang Aiskrim Di Thailand!

Sebuah lagi syarikat Jepun yang turut sama mengambil peluang seperti Mizuno adalah Akagi Nugyo, sebuah syarikat yang menghasilkan aiskrim yang berpangkalan di Saitama.

Akagi Nugyo, telah melebarkan sayap mereka ke Thailand 3 tahun yang lepas dan tiada siapa yang tahu mengenai aiskrim mereka pada ketika itu. Melihat kepada apa yang dimiliki oleh Chanathip Songkrasin, mereka mengusulkan penajaan bersama pemain itu dan menggunakan imej Chanathip Songkrasin untuk mempromosikan produk mereka diseluruh Thailand.

feature_005_05

Perkara itu berjaya menarik minat generasi muda dan juga peminat bola sepak Thailand untuk mengambil gambar bersama (panel imej) dan memuat naik ke laman sosial seterusnya berjaya meluaskan lagi ‘exposure’ Akagi Nugyo di Thailand.

Hasil dari impak yang diterima, syarikat itu telah meletakkan sasaran untuk menjual 69,000,000 batang aiskrim dalam tempoh terdekat dengan ‘bantuan’ Chanathip Songkrasin.

Jualan Minuman Probiotik Yakult Di Malaysia Meningkat Lebih 5 Kali Ganda!

Perkara yang serupa juga berlaku di Malaysia apabila sebuah sayrikat minuman probiotik terkenal Jepun, Yakult mula terlibat dengan bola sepak di Malaysia umumnya.

Dalam artikel tersebut, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada ada memberitahu bahawa penglibatan Yakult dalam kancah bola sepak di Malaysia adalah untuk mendekatkan produk mereka kepada komuniti.

56403764_970984716438734_2567544867026632704_n

Hiroshi Hamada juga ada menyebut bahawa produk-produk jenama dari luar negara ini biasanya kurang mendapat ‘kepercayaan’ masyarakat setempat disebabkan pelbagai perkara terutamanya status halal sesuatu produk.

Yakult Malaysia menggunakan strategi menaja beberapa pasukan dalam saingan liga bola sepak Malaysia dan menjalankan aktiviti bersama komuniti untuk memberi lebih maklumat berkenaan produk disamping membantu menyalurkan sokongan kepada pasukan itu sendiri.

Dengan menggunakan bola sepak juga, Yakult Malaysia berjaya membantu pemain muda berpotensi, Hadi Fayyadh untuk menyertai beberapa siri percubaan dan juga latihan bersama pasukan dalam saingan JLeague sehinggalah berjaya mendapat tempat di Fagiano Okayama.

Hadi Fayyadh dan Yakult Malaysia telah berjaya bekerjasama untuk meluaskan ‘exposure’ jenama syarikat ini dengan menggunakan laman sosial Instagram bagi mendekatkan jurang di platform digital. Kedua-dua pihak ini bersetuju untuk menggunakan hashtag #YakultMalaysia dalam setiap gambar yang dimuat naik di Instagram Hadi Fayyadh yang mempunyai sekitar 70,000 pengikut.

Apa impak yang diterima oleh Yakult Malaysia? Hiroshi Hamada dalam artikel itu memberitahu bahawa jualan minuman probiotik Yakult di Malaysia telah meningkat lebih dari 5 kali ganda jika dibandingkan sebelum mereka melibatkan diri dalam bola sepak Malaysia.

3 contoh syarikat diatas ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai strategi penajaan yang baik untuk memberikan impak kepada perniagaan yang mereka jalankan dan bukan sebagai satu kaedah untuk melobi ataupun batu loncatan kepada sesuatu yang bukan milik mereka.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group