Bek tengah Manchester City, John Stones melaungkan amaran kepada lawan mereka Chelsea bahawa Manchester City kali ini benar benar bersemangat mahu menjuarai Liga Juara Juara Eropah.

City akan berhadapan dengan Chelsea dalam final Liga Juara Juara Eropah di Estadio Do Dragao pada 30 Mei akan datang.

Stones sudah tak sabar mahu beraksi dalam final. Di sebalik keinginan yang membuak buak, Stones mengakui bahawa beliau dan rakan rakannya tidak lari daripada persaan gugup kerana tekanan mahu memenangi kejuaraan tersebut.

Namun beliau yakin ianya akan dapat diatasi apabila masuk ke padang menentang Chelsea.

“Saya yakin semua pemain akan gugup, namun kami akan mencari cara untuk mengendalikan perkara perkara seperti itu – tekanan besar daripada pertandingan besar.”

“Kami memiliki pemain hebat untuk aksi pada kali ini. Ini adalah final dan kami telah berada di banyak final. Kami memiliki semangat dan keinginan yang tinggi mahu memenanginya.”

UCL merupakan piala impian Manchester City terutama sekali selepas revolusi Arab di kelab tersebut yang sudah memberikan banyak kejayaan domestik kepada mereka.

Namun UCL masih menjadi trofi yang tiada dalam kabinet Man City.

Pep Guardiola turut mahu menamatkan kemarau penantian UCL beliau selepas kali terakhir memenanginya bersama dengan Barcelona.

John Stones mempamerkan aksi cemerlang pada musim ini. Boleh dikatakan prestasi individu terbaik beliau di dalam karier.

Stones membentuk gandingan yang mantap bersama dengan Ruben Dias. Beliau baru sahaja meraikan kejuaraan EPL musim ini.

Stones berkata: “Untuk mencapai apa yang kami dapat musim ini adalah luar biasa. Dengan masa masa covid ini, sentiasa ada perlawanan dalam setiap tiga hari – ianya pencapaian yang tidak harus dipandang remeh.”

“Semua orang bersatu dan saya sangat bangga dengan semua orang yang ada di sini.”

Baca juga artikel

Apa Itu UEFA Conference League (UECL) Yang Bakal Disertai Spurs

Guardiola: ‘Aguero Sertai Kelab Saya Cintai, Bermain Dengan Pemain Terbaik Sepanjang Zaman’

Ligue 1: Galtier Bimbing Lille Daripada Bertarung Penyingkiran Kepada Juara Yang Tamatkan Dominasi PSG