Bekas ketua jurulatih pasukan wanita Vietnam, Steve Darby dalam satu kenyataan kepada portal sukan ZingVN mengakui kekuatan yang dimiliki oleh skuad bimbingan Par Hang-seo serta meramalkan Vietnam akan meraih kemenangan dalam perlawanan malam eok.

“Malaysia telah melakar kemenangan yang tidak dijangka keatas Indonesia dan mereka penuh dengan keyakinan. Tetapi saya percaya Vietnam akan menang. Mereka terlalu kuat dan berfungsu lebih baik dari pihak lawan (Malaysia).

Kekuatan pasukan Vietnam telah ditunjukkan pada kejohanan AFF Suzuki 2018 yang lalu dan sejak permulaan tahun 2019, skuad Golden Stars ini telah turun beraksi dengan beberapa pasukan gergasi Asia lain dalam kejohanan Piala Asia 2019 dan berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Amaran Mengenai Brendan Gan Dan Mat Yo

Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Steve Darby yang banyak  melatih pasukan di rantau Asia Tenggara, beliau tanpa keraguan memberikan amaran kepada Vietnam supaya lebih memberikan perhatian kepada Brendan Gan dan juga Norshahrul Idlan Talaha.

Bóng-đá-24h-178

“Brendan Gan adalah seperti diligent bee dan mempunyai visi taktikal yang bijak dibahagian tengah dan Norshahrul pula mempunyai ketangkasan dalam kawasan berbahaya.

“Vietnam perlu menghalang pergerakan 2 orang pemain ini walaupun telah berusia lebih 30 tahun dan tidak mempunyai kelajuan seperti dahulu.

Pemain ‘Asing’ Tambah Kekuatan, Tetapi Tiada Keserasian

Malaysia telah mengambil beberapa pemain berasal dari luar negara yang menyumbang kepada perbezaan kekuatan berbanding dengan 1 tahun yang lalu. Namun, Steve Darby percaya bahawa skuad Malaysia tidak mempunyai keserasian.

Di posisi penjaga gol, tahap yang dipamerkan oleh Farizal Marlias adalah biasa sahaja. Bahagian pertahanan tengah pula telah terbukti perlahan dan selalu mempunyai kesukaran apabila berdepan dengan pemain lawan yang mempunyai kelajuan larian. Ini adalah kelemahan yang boleh dieksploitasikan oleh pasukan Vietnam.

Farizal_Marlias

Akhir sekali, Steve Darby meramalkan bahawa pasukan Vietnam mempunyai peluang yang baik untuk memberikan tekanan kepada pasukan lain dalam saingan kumpulan G. Kemenangan keatas Malaysia akan mencipta momentum psikologi yang selesa kepada pemain Vietnam sebelum berlepas ke Bali untuk bertemu Indonesia pada 15 Oktober.

“Jika (Vietnam) mengalahkan Malaysia, Vietnam akan membuatkan UAE, pasukan paling kuat dalam kumpulan merasa terancam, jelas beliau lagi kepada Zing VN.

Baca artikel lain yang pade menjelang perlawanan bertemu Vietnam malam ini.

Prestasi Semasa Syafiq Ahmad Gusarkan Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo

Akibat Terlepas Penerbangan, Doan Van Hau Gagal Hadiri Sesi Latihan Vietnam

Park Hang-seo: Barisan Serangan Malaysia Kini Semakin Tajam

Sumber