Berita mengenai Khalid Jamlus menjual beberapa memoribilia penting dalam karier bola sepak beliau menjadi perhatian para peminat bola sepak tempatan serta beberapa jurulatih dan pemain yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia.

VOCKETFC berjaya mendapatkan maklum balas dari bekas ketua jurulatih Perak FA, Steve Darby yang berkongsi mengenai Khalid Jamlus ketika berada dibawah bimbingannya pada musim 2006 sehingga 2008.

“Saya dah tengok Khalid bermain dalam beberapa perlawanan, dan saya sentiasa rasa ada sesuatu yang istimewa denganya.”

“Peluang pertama saya untuk sign Khalid adalah ketika bersama Perak FA. Ramai orang yang memberikan amaran supaya JANGAN sign beliau, dan kata beliau bermasalah serta pemalas.”

post-48247-1195450503

“Bagi saya, kau tak boleh score gol kalau malas! Kau kena ada talent dan menjaringkan gol adalah perkara yang sukar dalam bola sepak.”

Selepas itu Steve Darby menceritakan bahawa beliau telah mendapatkan pendapat dari kapten Perak FA pada ketika itu, Ahmad Shahrul Azhar.

“Saya menceritakan perkara itu kepada kapten pasukan, Ahmad Shahrul Azhar, dan dia kata semua cerita-cerita mengenai Khalid Jamlus adalah sampah. So, i signed him!

“Apa yang dikatakan oleh Ahmad Shahrul Azhar itu benar dan saya tidak pernah mempunyai satu masalah dengan Khalid diluar padang, dia tidak pernah ponteng latihan dan dia jaringkan gol!”

post-48247-1195183286

“Saya merasakan bahawa ramai orang yang ‘tertipu’ dengan gaya linguid beliau, selain Khalid Jamlus juga tidak dilihat seagresif gandingan serangannya, Keita Manjou. tetapi menjalankan tugas dengan baik dan saya tidak peduli macam mana gaya beliau.”

“Saya juga dapati jika Khalid dilayan dengan baik, dia akan memberikan respon yang cara yang betul. Tambahan pula dia adalah seorang yang suka melawak!”

“Sekarang saya tahun dia adalah seorang family man dan isterinya juga telah memberikan sokongan yang baik kearah itu.

Steve Darby mengakhiri temu bual ringkas kami dengan kata-kata berikut;

But basically as we say in England he is a good lad!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Khalid Jamlus ‘Tolak’ Kasut Emas Pada Harga RM10,100 Melalui Bidaan LIVE Facebook

Pengurus Yangon United Berasal Dari Malaysia Kongsikan Bagaimana Kelab Itu Jana RM150,000 Sebulan Dari Aset Pasukan.

Ini 2 Sebab Mengapa Malaysia Adalah Lawan Yang Paling ‘Sakit Kepala’ Untuk Park Hang-seo