Bekas ketua jurulatih pasukan Perak, Steve Darby menegaskan bahawa Khalid Jamlus mempunyai perwatakan seorang yang jujur, bekerja keras serta kelakar.

Darby berkata demikian setelah timbul persoalan mengenai situasi semasa yang dialami Khalid ketika ini. Ada pihak yang mempersoalkan adakah pasukan enggan mengambil khidmat Khalid sebagai jurulatih kerana tingkah laku beliau.

Menerusi laman media sosial Twitter beliau, Darby menyatakan sepanjang bekerja sama bersama bekas pemain skuad kebangsaan itu, Khalid mempunyai tingkah laku yang dianggap positif.

Khalid dan Steve Darby bekerjasama di Perak selama tiga musim iaitu pada 2006 hingga 2008 sebelum pengendali dari England itu mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih Thailand.

Pemain yang pernah menjalani ujian bersama kelab Jerman, Eintracht Frankfurt itu menjadi perhatian selepas melelong barang peribadi seperti kasut emas, pingat dan juga jersi yang pernah dipakai beliau kerana kekangan kewangan.

Krisis yang dialami oleh Khalid telah mendapat perhatian Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Fayhsal Wan Kamal dan kedua-duanya mengadakan perjumpaan baru-baru ini.

Baca artikel lain mengenai Khalid Jamlus di sini:

“Macam Mana You Want To Be A Good Striker, Benda Tu Ada Dekat Saya. Takkan Nak Pergi Ajar Tukang Kebun Kan?”

Khalid Jamlus ‘Tolak’ Kasut Emas Pada Harga RM10,100 Melalui Bidaan LIVE Facebook

Steve Darby: “Ramai Orang Kata Khalid Jamlus Malas, Ahmad Shahrul Azhar Kata Semua Itu ‘Sampah’ Dan Saya Ambil Dia”