Sebuah stesen televisyen Vietnam, Vietnam TV sanggup mengeluarkan dana sebanyak RM147 Juta bagi membeli hak penyiaran untuk perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Vietnam menentang Indonesia pada 15 Oktober ini.

Vietnam TV merupakan stesen televisyen yang dimiliki oleh pemerintah negara itu dan bagi membawakan pertembungan antara kedua-dua pasukan secara langsung kepada rakyat Vietnam, mereka sanggup berbelanja besar bagi membeli lesen penyiaran bagi menyiarkan perlawanan tersebut.

Stesen
HANOI, VIETNAM – DECEMBER 15: Shahrel Fikri of Malaysia competes for the ball during the AFF Suzuki Cup final second leg match between Vietnam and Malaysia at Muy Dinh National Stadium on December 15, 2018 in Hanoi, Vietnam. (Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Nilai RM147 Juta yang dikeluarkan sekaligus menjadi rekod yang tersendiri dimana pembelian lesen penyiaran itu menjadi pembelian terbesar dalam sejarah televisyen di Vietnam.

Perlawanan peringkat kumpulan G itu sepatutnya berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno namun atas sebab keselamatan berikutan tunjuk perasaan yang sedang berlaku di ibu negara Indonesia itu, venue perlawanan ditukar dan Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali dipilih sebagai pengganti.

Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) nyata kecewa dengan pergantian venue kerana mereka sudah menyiapkan segala aspek seperti tempat tinggal pemain dimana VFF sudah menyewa hotel lima bintang yang terletak hanya dua kilometer dari GBK.

Kini, VFF perlu membuat percaturan semula bagi memastikan pemain berada dalam keadaan selesa apabila bertandang ke Bali nanti.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Vietnam di sini:

Bali Dipilih Sebagai Lokasi Perlawanan Indonesia Menentang Vietnam

Vietnam Ketatkan Kawalan Keselamatan Stadium Nasional My Dinh, Lebih 30 CCTV Untuk Pantau Aktiviti Penyokong

Senarai Rasmi 23 Pemain Pasukan Vietnam Menjelang Perlawanan Bertemu Malaysia