Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketika pasukan lain sudah melalui 2 perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi baki perlawanan Liga Super yang bakal bersambung pada 24 Julai ini, namun Sri Pahang FC berdepan sedikit kesukaran dalam mengatur perlawanan pemanas badan.

Menurut kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Suffian Awang, pihaknya sedang menanti status Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuantan disebabkan oleh kenaikan mendadak kes COVID-19.

“Kalau nak buat friendly kena ikut SOP yang sangat ketat jadi pengurusan sangat ambil serius perkara ini.

“Sebab itu kita tunggu fasa kedua latihan, baru buat friendly dan itupun pilih pasukan yang berada dalam zon risiko rendah. Lagipun Pahang dalam zon PKPD dan belum masuk fasa kedua, tak boleh buat friendly sekarang,” kata Datuk Suffian dipetik dalam laman web rasmi Sri Pahang FC.

Mereka merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang dua pasukan Liga Premier, Kelantan United dan Terengganu FC II (TFC II) selepas selesai kem latihan di Pekan.

“Alhamdulillah semuanya lancar, kita telah turun untuk Camp Based Training bermula bulan lepas, yang mana fasa pertama berlatih di Pekan selama dua minggu dan kemudiannya kita rehat lebih seminggu.

“Kini sudah masuk fasa kedua latihan dan bagi melancarkan lagi persiapan, kita merancang adakan perlawanan persahabatan menentang Kelantan United dan TFC II,” jelas Datuk Suffian.

Sri Pahang dijadualkan menentang Melaka United di Stadium Darulmakmur pada 25 Julai disusuli Sabah di Stadium Likas pada 28 Julai.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Perlawanan Liga Malaysia Tidak Dibenarkan Berlangsung Di Kawasan PKPD

Perak Perkenalkan Jersi Ketiga Dan Kit Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun Ke-100

Arif Aiman Dan Hakimi Abdullah Pemain Muda Paling Bernilai Liga Malaysia

Yusri Che Lah Tagih Peningkatan Prestasi Skuad Projek FAM-MSN

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group