Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mendedahkan status Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi sebagai pemain naturalisasi bakal diketahui pada bulan Februari depan.

Menurut laporan daripada Berita Harian, FAM sudah pun menghantar dokumen tambahan seperti yang diminta oleh Persekutan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan dijangka akan menerima maklum balas dalam tempoh dua minggu.

“Sekarang kita tunggu maklumbalas (keputusan) daripada FIFA. Biasanya mereka akan mengambil masa seminggu atau dua minggu dan saya jangka mungkin pertengahan Februari kita akan dapat maklumbalas.

“Sebelum ini kita sudah hantar dokumentasi dan sekarang ini adalah dokumen tambahan. Kita memerlukan maklum balas daripada negara (asal pemain), seperti dari Kosovo untuk Liridon dan Brazil (De Paula).

“Kita juga memerlukan dokumen daripada pihak ketiga yang mungkin kadang-kadang tak sepantas yang kita mahu. Jadi semua dokumen itu sudah kita terima pada hujung tahun lalu,” katanya.

Stuart Ramalingam

Stuart Ramalingam. Sumber Gambar: mStar

Ketika ini, tonggak Pahang, Mohamadou Sumareh merupakan satu-satunya pemain naturalisasi yang telah mewakili skuad kebangsaan sejak tahun lepas.

Stuart menyifatkan Sumareh adalah antara pemain asing terbaik yang pernah dimiliki oleh negara.

“Saya bagi dia rating 10/10. Sumareh menunjukkan perkembangan positif kerana bukan saja dia naturalisasi dari segi pasportnya, malah beranggapan Malaysia sebagai rumahnya berbanding Gambia.

“Kita boleh lihat apabila kalah dia menangis dan begitu gembira apabila Malaysia meraih kejayaan seterusnya sanggup melakukan apa saja demi pasukan kebangsaan.

“Jika dilihat ratingnya 10/10 kerana mengambil kira semua aspek dengan semangat cintakan negara malah tidak pernah berlagak seperti pemain bintang atau import,” katanya dalam Arena Metro.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya dalam pautan dibawah.

FIFA Ranking: Malaysia Kekal Dikedudukan Ke 154 Dunia, Tutup Tirai 2019 Dengan Lonjakan 13 Anak Tangga

Yusoff Mahadi Mahu Skuad Harimau Malaya Takluk Asia Tenggara Pada Tahun 2020

Tan Cheng Hoe Anggap Pemain Naturalisasi UAE Punyai Kualiti

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group