Selepas mengesahkan status naturalisasi Liridon Krasniqi semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengambil seorang lagi pemain naturalisasi di posisi serangan.

Calon tersebut ialah bekas pemain import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula yang mempunyai pengalaman beraksi dengan 18 buah kelab sepanjang karier bola sepaknya.

Mengulas mengenai status pemain yang berusia 33 tahun itu, setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam berharap dapat menyelesaikan masalah dokumentasi dalam masa terdekat.

“Untuk permohonan De Paula, kita perlu lebih masa untuk pastikan (permohonan) tiada halangan dan menepati syarat FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

“Harap dapat selesai seminggu dua lagi untuk pastikan peluang De Paula sarung jersi negara.

“Sama seperti Liridon, kerana ketika dia mewakili Kosovo, negara itu bukan ahli FIFA dan perlawanan yang dilaluinya tidak diiktiraf, tapi setelah Kosovo menjadi ahli FIFA, semua dokumentasinya diiktiraf,” katanya dalam Sinar Harian.

PAFA

Sumber Gambar: SB

Tambah Stuart, FAM melihat proses naturalisasi berkenaan sebagai sesuatu perkara yang serius.

Malah katanya, FAM hanya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengesyorkan nama pemain yang sesuai bagi menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

“FAM tidak akan sewenang-wenangnya mencadangkan kepada KDN untuk memberikan taraf kewarganegaraan kepada individu untuk menyertai skuad kebangsaan.

Lihat artikel lain mengenai pemain naturalisasi dari negara Asia.

UAE Sah Naturalisasi Penyerang Dari Argentina, Kini Muncul Penjaring Liga UAE Ke-2 Terbanyak Sepanjang Zaman

Pemain Naturalisasi Liga Vietnam Ini Dipenjara 16 Tahun Selepas Bersalah ‘Scam’ Perempuan Tempatan

Bekas Penyerang Felda United, Thiago Augusto Kini Merupakan Pemain Naturalisasi Bahrain

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group