Mungkin agak tak adil untuk kita terus menilai pemain muda dengan aksi musim pertama mereka.

Namun perkara itu tidak terpakai apabila anda Matthijs de Ligt yang dibeli dengan harga sangat mahal serta sempat memilih kelab besar mana beliau mahu.

Ini termasuk Man United, Real Madrid dan Barcelona dalam pertimbangan beliau. Sehinggalah Juventus berjaya memuktamadkan perjanjian dengan beliau.

Beliau bermain untuk Juventus pada musim 2019/2020 ini banyak mendapat perhatian media.

Matthijs de Ligt menjadi pemain muda yang cemerlang pada 2018/2019 lalu bersama dengan Ajax dengan membantu mereka mara sehingga ke separuh akhir UCL.

Di dalam pasukan Belanda beliau bergandingan dengan bek tengah terbaik dunia ketika ini iaitu Virgil Van Dijk. Membantu negaranya menjadi naib juara Piala Negara Eropah edisi sulung 2019.

Matthijs de Ligt turut dinobatkan sebagai Golden Boy 2018 dan Kopa Trophy 2019. Namanya juga masuk dalam pencalonan untuk Ballon d’Or.

Statistik dengan atau tanpa De Ligt

Laman statistik Whoscored telah mengeluarkan statistik Juventus, ketika ada ataupun tanpa De Ligt.

Dalam aksi Serie, Juventus bermain 17 perlawanan bersama De Light dan mencipta 11 kemenangan. Ratio kemenangan pada paras 64.7%

Ratio bolos Juventus dengan adanya De Ligt adalah 1.06 per perlawanan. Sementara ratio jaringan Juve pula 1.76 gol per perlawanan.

de ligt

Jadi, bagaimana pula statistik tanpa De Ligt?

Juventus turun tanpa De Ligt sebanyak sembilan perlawanan kerana faktor kecederaan, penggiliran dan penggantungan.

Daripada jumlah itu, Juventus menang kesemua perlawanan ataupun ratio kemenangan 100%. Ia jelas catatan lebih baik.

Bagaimana dengan rekod bolos? Tanpa De Ligt Juventus hanya bolos 0.67 per perlawanan. Dan mereka mencetak ratio gol 2.22 gol per perlawanan tanpa De Ligt.

Memang agak pelik catatan ini. Namun bola sepak itu permainan berpasukan. Mungkin secara kebetulan setiap kali De Ligt tak bermain rakan rakannya yang lain dalam kondisi terbaik.

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain

Khairul Fahmi: Halim Napi Idola Saya Diawal Karier, Jarang Penyerang Rebut Bola 50-50 Atau 70-30 Denganya

Media Indonesia Laungkan Hanya Vietnam Mampu Halang Mereka Muncul Juara AFF Suzuki Cup 2020.

VFF Ikat Pengarah Teknikal Baru Dari Jepun, Gaji RM87,000 Sebulan Dengan Kontrak 5 Tahun