Harus diakui, ramai yang tidak menikmati tahun 2020. Namun playmaker Bayer Leverkusen, Kai Havertz pula berbeza.

Beliau telah menikmati tahun ini dengan sebaiknya. Sebaik sahaja musim bersamung, beliau sudah mencetak gol dalam aksi pasukannya menentang Borussia Mönchengladbach di Rheinderby.

Ini telah membuatkan Havertz mencipta statistik yang sangat hebat pada tahun 2020.

Secara keseluruhannya, pada tahun ini Kai Havertz telah bermain 15 perlawanan untuk Leverkusen. Beliau mencetak 10 gol dan mencipta 7 assist untuk pasukannya.

Dan musim 2019/20 juga musim terbaik Kai Havertz secara peribadi. Beliau meneruskan pembangunannya sebagai pemain utama pasukannya.

Musim ini beliau sudah terlibat dalam 1939 minit pada usianya hanya 20 tahun.

Beliau telah terlibat secara langsung dalam gol pasukannya sekurang-kurangnya 1 gol dalam 6 perlawanan terakhir berturut-turut. Dalam proses tersebut Kai Havertz telah menjaringkan 5 gol dan 3 assist.

Maka tidak hairanlah nama Kai Havertz menjadi bualan ramai. Malah dikaitkan dengan pasukan seperti Bayern Munich (macam biasa) dan juga Liverpool.

Bukan dua pasukan itu sahaja, tetapi banyak lagi pasukan besar di Eropah yang memantau bakat muda ini.

Beliau adalah tipikal playmaker no.10 yang kreatif dan pada masa yang sama memiliki kemampuan yang sangat baik dalam menjaringkan gol.

Pastinya Bayer Leverkusen sedar bahawa bakat yang mereka miliki kini menjadi perhatian ramai. Adakah Kai Havertz akan terus kekal lebih lama bersama dengan mereka?

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain

CEO Premier League Akui Proses Pengambilalihan Newcastle Adalah Paling Rumit

EPL: Dua Lagi Positif COVID-19

Bayern 5 Frankfurt 2: Hatrik Tak Diingini Tercipta