Lionel Messi akhirnya berjaya menamatkan penantian beliau dan juga membantu mengakhiri penantian panjang Argentina untuk menjulang satu lagi piala major selepas 1993.

Messi bukan sahaja berjaya menjadi pemain pasukan yang hebat, malah melakukan catatan individu yang tidak masuk akal di dalam kejohanan kali ini.

Beliau menamatkan saingan dengan pencapaian serta beberapa statistik yang luar biasa.

Messi menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak, berkongsi dengan Luiz Diaz dari Colombia. Di mana kedua duanya menjaringkan 4 gol dalam saingan kali ini.

Tetapi Messi lebih baik dari Diaz dari segi kontribusi kepada gol dengan tambahan 5 assist dalam sumbangan terus kepada gol. Messi juga mencipta peluang yang terbanyak dalam kejohanan kali ini, membuktikan bahawa beliau ‘team player’ yang unggul dengan 21 ciptaan peluang.

Messi sangat bijak mencari ruang dan melakukan banyak sekali hantaran lolos serta mencipta hantaran tepat di kotak serangan.

Sepanjang kejohanan, tiada pemain yang dapat melakukan percubaan ke arah gol serta percubaan tepat lebih banyak dari Messi. Dan Messi juga pemain terbanyak melakukan gol dari luar kotak penalti.

Maka, dengan statistik yang serba serbi hebat ini, Messi selayaknya menjadi pemain terbaik kejohanan pada kali ini.

Messi sudah memenanginya 2 kali sebelum ini. Dan kini ianya lebih bermakna, kerana berjaya menjadi pemain teranyak memenanginya dengan catatan ketiga disulami dengan kejayaan membawa pulang Copa America ke negaranya.

https://twitter.com/Lionel10Team/status/1414054377141248002

Apapun syabas kepada Lionel Messi. Akhirnya berjaya merangkul trofi kompetitif pertama di pentas antarabangsa.

Selepas ini adalah fokus kepada kempen Piala Dunia.

Baca juga artikel

Copa America 2021: Jaringan Tunggal Di Maria Akhiri Penantian Juara Argentina

Griezmann Telefon CEO Rakuten, Minta Maaf Kerana Buatkan Dia Marah & Malu

PSG Mahu Pogba, Man United Sudah Sediakan Penggantinya