Kecoh seketika apabila nama Kenyu Sugimoto mula menjadi buah mulut para penyokong Kedah terutamanya apabila pemain Urawa Reds itu dikatakan bakal menyertai skuad Helang Merah musim 2020.

Pelbagai reaksi dapat diperhatikan di laman sosial yang menunjukkan keterujaan penyokong-penyokong Kedah terhadap pemain itu, namun perlu diingatkan juga bahawa mereka perlu bijak mengawal perasaan.

VocketFC cuba membawa anda untuk melihat beberapa data statistik rasmi yang dikeluarkan oleh J.League bagi 5 tahun terkini bagi memberikan bayangan bagaimana prestasi Kenyu Sugimoto dalam saingan J1 League dan juga J2 League.

2018021016320543468600

Berikut adalah data statistik ringkas Kenyu Sugimoto untuk 5 tahun terkini untuk rujukan semua peminat bola sepak terutamanya penyokong Kedah.

Kawasaki Frontale – J1 League 2015

Kenyu Sugimoto beraksi untuk pasukan Kawasaki Frontale pada musim 2015 dan telah berjaya melakukan 24 penampilan dan menjaringkan 6 gol dalam aksi liga serta merekodkan 1,041 minit masa bermain.

Cerezo Osaka – J2 League 2016

Pemain berusia 27 tahun ini menyertai Cerezo Osaka pada musim 2016 walaupun pasukan ini beraksi dalam saingan J2 League.

Musim 2016, Kenyu Sugimoto berjaya melakukan 41 penampilan liga, mencatatkan 3,487 minit masa bermain serta menjaringkan 14 gol.

Cerezo Osaka – J1 League 2017

Prestasi yang cukup padu dalam saingan J2 League musim 2016 membantu Cerezo Osaka menang ‘play-off’ ke saingan J1 League 2017.

Musim ini, pemain yang pernah beraksi sebagai ‘center back’ dalam skuad U18 kerana faktor fizikal yang tinggi, tampil dalam 34 perlawanan, beraksi selama 2,999 minit dan menjaringkan 22 gol.

Beliau berjaya membawa Cerezo Osaka menamatkan saingan J1 League di tempat ke-3 seterusnya meraih slot peringkat kumpulan AFC Champions League 2018.

2 kali bertemu Buriram United diperingkat kumpulan, Cerezo Osaka hanya mampu mengutip 1 mata sahaja.

FOTO1217sugimoto

Cerezo Osaka – J1 League 2018

Musim lepas, Kenyu Sugimoto tampil dalam 30 perlawanan, beraksi 2,448 minit dan hanya menjaringkan 5 gol tanpa sebarang pencapaian yang menarik.

Urawa Reds – J1 League 2019

Paling terkini, musim 2019 Kenyu Sugimoto telah berpindah ke Urawa Reds.

Dan untuk pertama kalinya dalam tempoh 5 tahun, Kenyu Sugimoto gagal beraksi lebih dari 1,000 minit dalam saingan J1 League.

Bersama Urawa Reds, beliau hanya diturunkan dalam 21 perlawanan, mencatatkan 707 minit masa bermain dan hanya menjaringkan 2 gol sahaja.

Jelas dapat diperhatikan musim 2019 ini adalah musim paling buruk untuk Kenyu Sugimoto dalam tempoh 5 tahun terkini. Walaupun ini sekadar data statistik biasa, menarik untuk kami tahu bagaimana reaksi penyokong Kedah terutamanya dalam hal ini?

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Jepun yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Penyokong Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Menangis Kecewa Nama Kelab Ditukar Oleh Pemilik Tanpa Peduli Suara Mereka

Pemasaran Digital J.League Kenal Pasti 6 Jenis Penyokong, Susun Strategi Ampuh Pikat Minat Ke Stadium

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun