Kekuatan serta pengalaman luas yang dimiliki Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, Stuart Ramalingam dalam bidang pemasaran dijangka mampu membantu Malaysian Football League (MFL) untuk terus mengukuhkan aspek komersial Liga Malaysia.

CEO Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard Samuel berkata, memandangkan Stuart telah bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), maka secara tidak langsung beliau memahami apa yang diperlukan MFL terutama dalam soal penstrukturan liga.

Selain itu, pengalamannya yang pernah terlibat secara langsung dalam soal penajaan semasa menjadi Naib Presiden Dentsu Sports seperti Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selain pengurusan Sukan Asia 2018, mampu menjadi nilai tambah tersendiri buat Stuart bagi membantu MFL.

“ Pemilihan tepat bagi dalam keadaan ini kerana saya rasa sedikit sebanyak beliau memahami suasana di MFL kerana sebelum ini beliau adalah Setiausaha FAM.

“ Melihat karier beliau selama ini, sememangnya Stuart ada kredibiliti yang tidak boleh disangkal kerana pernah bersama dengan syarikat besar selain organisasi bola sepak berkaitan pemasaran.

Stanley Bernard
Stanley (tengah) bersama ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak dan Tan Sri Annuar Musa. Kredit Foto: KL City

“ Bukan itu sahaja, beliau juga arif mengenai aspek peningkatan sesuatu jenama dan kedua-dua aspek ini mempunyai hubung kait yang cukup rapat.

“ Pengalaman dalam faktor ini yang menjurus kepada aspek komersial adalah cukup penting kepada MFL yang merupakan penganjur Liga Malaysia, sememangnya beliau punyai kekuatan dalam perkara ini, ” katanya.

MFL melalui satu kenyataan media pada Isnin mengumumkan Stuart Ramalingam bakal menggalas peranan CEO bermula pada 1 September ini bagi menggantikan mantan CEO, Dato Ab Ghani Hassan yang dipilih selaku Presiden MFL berikutan Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang telah menyerahkan surat peletakan jawatan pada 12 Ogos 2021.

Menurut Dato’ Ab Ghani, keputusan melantik Stuart yang berkuatkuasa menjadi CEO MFL baharu bermula 1 September 2021 dilihat satu keputusan simbiosis yang bermanfaat kepada industri khususnya kepada pengurusan bola sepak tempatan.

Keputusan itu dibuat selepas melihat pengalaman lebih 15 tahun yang dimiliki beliau dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bersama organisasi tempatan dan antarabangsa termasuk Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Presiden Nice Salahkan Pemain Marseille Cetus Masalah

TERKINI: Liridon Krasniqi Sertai Odisha FC Secara Pinjaman

https://www.vocketfc.com/thomas-trucha-gol-babak-pertama-main-peranan-bantu-kemenangan-penang/