Pandemik Coronavirus (COVID-19) kembali memakan mangsa dalam saingan bola sepak Jepun apabila seoran staf kelab Consadole Sapporo didapati positif virus berkenaan.

Menurut laporan, staf tersebut dimasukkan ke hospital setelah mengalami demam panas. Suhu yang dicatatkan ialah 39.4 darjah celcius dan kemudiannya beliau disahkan dijangkiti COVID-19.

Namun, pihak kelab tidak akan menghentikan sebarang operasi seperti sesi latihan mahupun perlawanan liga kerana staf tersebut merupakan sebahagian daripada pekerja yang diarahkan untuk bekerja dari rumah.

Pihak J. League berencana untuk membenarkan seramai 50% peminat untuk hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan liga. Namun cadangan itu tidak dipersetujui oleh sesetengah pihak kerana penularan COVID-19 masih lagi berlaku di negara tersebut.

Musim ini, Consadole Sapporo diperkuatkan oleh dua pemain dari Asia Tenggara iaitu Chanathip Songkrasin dan Kawin Thamsatchanan.

Baca artikel lain mengenai Consadole Sapporo di sini:

Consadole Sapporo Sedia Jual Chanathip Songkrasin Bagi Ringankan Beban Kewangan

Chanathip Songkrasin Jadi Pemain Termahal Dalam Skuad Consadole Sapporo

Ejen Baharu Hantar Profil Chanathip Songkrasin Ke Kelab Bundesliga