Stadium Sultan Ibrahim yang kini masih dalam proses pembinaan merupakan salah sebuah stadium dirantau Asia Tenggara yang menggunakan rumput dari jenis Zeon Zoysia menurut kemaskini Sports Turf Solutions (STS) di laman Facebook mereka.

Dalam kenyataan itu juga STS juga menyebut bahawa untuk menemui kesesuaian menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia ini, mereka telah melakukan pelbagai jenis rumput lain dengan kepakaran Adam Mortimer dan Angus Mahoney.

68538829_2572603496086202_2741124892257681408_o

Aerial view Stadium Utama Gelora Bung Karno terkini.

Pihak STS juga turut berbangga apabila menjadi pilih 3 buah stadium utama di Asia Tenggara seperti Stadium Nasional Singapura, Stadium Utama Gelora Bung Karno serta stadium baru pasukan Johor Darul Ta’zim – Stadium Sultan Ibrahim.

Skuad Malaysia yang akan menghadapi Indonesia dalam perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 akan beraksi diatas padang berkualiti tinggi ini seperti yang dapat dilihat dalam gambar dibawah.

Ini pula adalah gambar padang Stadium Nasional Singapura yang sudah menggunakan rumput Zeon Zoysia kira-kira 2 minggu yang lalu berdasarkan kemaskini STS dilaman Facebook.

Menurut komen seorang Pengurus Produk STS, Teuku Munawir rumput Zeon Zoysia ini akan dipotong dengan ukuran sekitar 18mm hingga 22mm sahaja.

Zeon Zoysia has been installed into the National Stadium in Singapore. After years of challenges using a broad range of…

Posted by Sports Turf Solutions on Thursday, 15 August 2019

Jika diperhatikan kembali, TMJ telah membuat pengumuman melalui laman Facebook rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menggunakan rumput Zeon Zoysia ini pada 30 Disember 2017 lagi.

“Kajian yang dilakukan bersama perunding padang kami, Mr. Hiroi tertumpu kepada jenis rumput yang akan digunakan bagi menyesuaikannya dengan keadaan cuaca di negara ini.”

RUMPUT YANG AKAN DIGUNAKAN OLEH KELAB BOLASEPAK JDT UNTUK STADIUM BAHARUKelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, 30 December 2017

“Rumput yang diberi nama Zoysia Zeon ini adalah rumput yang diimport dari Jepun. Pastinya dengan kajian yang rapi serta sistem pengaliran yang baik, stadium baharu bakal memiliki padang yang paling berkualiti dan terbaik dengan penggunaan jenis rumput ini.”

Ini bermakna stadium pasukan JDT itu nanti akan menjadi setaraf dengan stadium-stadium utama di Asia Tenggara.

Stadium Nasional Bukit Jalil berdasarkan kenyataan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes sedang mengkaji 6 jenis rumput untuk digunakan dengan kerjasama UPM.

Tony Fernandes Dedahkan Sedang Kaji 6 Jenis Rumput Untuk Padang Stadium Nasional Bukit Jalil

TMJ Bercita-Cita Jadikan Stadium Sultan Ibrahim Nombor Satu Di Asia Tenggara

Lihat Fasiliti Latihan Baharu Milik Hong Kong FA Yang Bernilai RM105 Juta

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group