Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Malaysian Football League (MFL) memaklumkan bahawa Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan selepas hasil pemeriksaan mendapati keadaan semasa bumbung masih tidak selamat bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, pihaknya telah
memaklumkan perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melalui surat
rasmi pada 28 Februari lalu selepas melakukan tiga kali pemeriksaan keselamatan terhadap Stadium Shah Alam.

Stadium Shah Alam

Sumber Gambar: Stadium Astro

Jelas Dato’ Ab Ghani, MFL mendapati Stadium Shah Alam yang didaftar menjadi
gelangang tuan rumah bagi pasukan CIMB Liga Super, Selangor pada musim ini tidak berada di tahap menyakinkan bermula pemeriksaan keselamatan pertama pada 10 Januari 2020 disusuli pemeriksaan kedua (21 Februari) dan ketiga (28 Februari).

Kata lagi Dato’ Ab Ghani, FAS harus menamakan gelangang alternatif lain bagi
pasukan Selangor jika proses baik pulih Stadium Shah Alam tidak dapat diselesaikan sebelum 2 Mac.

“Keputusan pemeriksaan mendapati keadaan semasa bumbung Stadium Shah Alam
diyakini masih tidak selamat untuk digunapakai bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim 2020.

“Sehubungan dengan itu, pihak MFL telah memutuskan bahawa Stadium Shah Alam
tidak boleh digunakan bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim 2020
sehingga proses baik pulih bumbung siap sepenuhnya berserta jaminan keselamatan
daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Darul Ehsan Facilitates
Management Sdn Bhd (DEFM).

Stadium Shah Alam

FOTO: FA Selangor

“Pemakluman secara drastik ini dibuat setelah mengambil kira aspek-aspek persiapan dan keselamatan pasukan pelawat, penyokong, penyiaran siaran langsung, media dan komersial.

“Pasukan Selangor perlu menamakan venue lain sebagai gelanggang tuan rumah
dengan kadar segera selewat-lewatnya sebelum 2 Mac iaitu esok,” katanya. Sebagai rekod, Selangor dijadualkan menentang Perak bagi saingan CIMB Liga Super di Stadium Shah Alam pada 7 Mac ini.

Baca artikel lain mengenai Stadium Shah Alam di sini:

Stadium Shah Alam Akan Diperiksa Buat Kali Kedua Dalam Minggu Ini, Kerosakan Bumbung Jadi Fokus Utama

Pegawai Undang-Undang Ini Berkongsi Pandangan Isu Keselamatan Stadium Shah Alam Dari Sudut Perundangan

Selangor Berdepan Risiko Tidak Dibenarkan Beraksi Di Stadium Shah Alam Atas Faktor Keselamatan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group