Berdasarkan jadual perlawanan yang dikeluarkan oleh Malaysia Football League (MFL) beberapa hari lalu, Stadium MP Selayang disahkan sebagai gelanggang rasmi pasukan Sarawak United dalam saingan Liga Premier musim ini.

Gelanggang yang berkapasiti 16,000 penonton itu menjadi pilihan Skuad Sarawak United untuk berpusat di kawasan lembah klang susulan penularan wabak pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Langkah ini terpaksa diambil kerana arahan kerajaan negeri yang menuntut setiap individu yang tiba di Sarawak menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari dan situasi itu bakal memberikan kesukaran kepada pasukan lawan.

“Kami percaya pasukan lawan pasti tidak mahu datang kalau diwajibkan menjalani proses kuarantin. Kerajaan negeri tidak akan mengurangkan sekatan dalam masa terdekat kerana Sarawak masih merupakan kawasan zon merah,” jelas Presiden Sarawak FA, Datuk Posa Majais.

Selain Sarawak United, satu lagi pasukan dari negeri tersebut, Kuching City FC  (KCFC) turut membuat permohonan rasmi kepada MFL untuk berpindah dari Stadium Negeri ke stadium sekitar lembah klang buat sementara waktu.

“Kami akan berbincang de­ngan MFL mengenai jadual pa­sukan untuk aksi Liga Premier musim ini dan pilihan utama adalah beraksi sebagai pasukan lawan sehingga kami dapat me­nemui venue tuan rumah baharu nanti.

“Ini kerana berdasarkan situasi sekarang, agak sukar untuk kami mendapatkan stadium dan ia memerlukan masa.

“Justeru, kami akan memohon MFL untuk menjadikan aksi pertama pasukan menentang Terengganu FC II yang sepatutnya berlangsung di Kuching dilangsungkan di gelanggang lawan dan mungkin untuk beberapa perlawanan sehingga tiba bulan Ramadan,” kata CEO KCFC,  Iswandi Ali Hassan dalam Kosmo!

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Chong Yee Fatt Calon Ganti Mehmet Durakovic Kendalikan Perak

Skuad Projek FAM-MSN Sedia Beri Saingan Sengit Dalam Liga Premier 2021

Kedah Berisiko Tidak Dapat Beraksi Di AFC Cup 2021?