Shanghai Juss Sports Group semalam mengumumkan Stadium bolasepak Pudong, Shanghai kini sudah sedia digunakan untuk menganjurkan acara besar. Namun, terdapat beberapa kerja-kerja kecil perlu dilakukan dan ia akan siap sepenuhnya pada bulan depan.

Stadium itu juga turut digunakan sebagai venue perlawanan Piala Asia 2023 dan bakal menjadi gelanggang rasmi kelab Liga Super China, Shanghai SIPG.

Direka oleh firma artikel dari Jerman, lokasi stadium ini terletak kira-kira 13 km dari bandar Shanghai. Malah, reka bentuknya juga diambil inspirasi daripada bentuk mangkuk tradisional cina.

Stadium ini juga dibina khas untuk sukan bola sepak profesional dan setiap rekaannya menepati piawaian yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Dibina sejak bulan April 2018, meliputi kawasan pembinaan seluas 139.304 meter persegi, stadium ini mempunyai reka bentuk tempat duduk yang unik dan memaksimumkan pemandangan penonton ke padang bola daripada semua 33,765 tempat duduk.

Lebih menarik, ia turut dilengkapi dengan fasiliti untuk sukan e-sports. Satu acara besar kejohanan e-sport yang bertaraf dunia bakal diadakan pada 31 Oktober ini di stadium tersebut.

Setelah diberikan hak tuan rumah Piala Asia 2023, China telah mempercepatkan pembinaan 12 stadium yang akan menjadi lokasi perlawanan. Mereka meletakkan sasaran untuk siap sepenuhnya sebelum tahun 2022.

Antara bandar yang dipilih menganjurkan perlawanan Piala Asia 2023 ialah  Changsha, Chengdu, Chongqing, Dalian, Guangzhou, Hangzhou, Shanghai, Suzhou, Tianjin dan Wuhan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Chanathip Songkrasin Termasuk Dalam Senarai Pemain Dengan “Skills” 5 Bintang Dalam FIFA 21

Bekas Pemain Feyernoord, Kevin Diks Sedia Sarung Jersi Indonesia

Pemain Profesional Wanita Jepun Ini ‘Buat Hal’, Sertai Kelab Bola Sepak Lelaki Di Jepun Secara Pinjaman Dari Chicago Red Stars

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group