Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai Stadium Ras Abu Aboud iaitu salah sebuah stadium yang bakal menjadi venue perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 memiliki keunikan yang tersendiri dari pelbagai sudut.

Stadium Ras Abu Aboud ini dibina menggunakan kontena-kontena yang telah digunakan dan disusun dalam simetri yang kreatif bagi menampilkan satu design stadium yang cukup unik dalam bola sepak hari ini.

Jika diperhatikan gambar dibawah ini, sekeliling stadium itu nampak seperti menjadi rak penyimpanan kontena sebenarnya.

EamdKQAU0AElaca

Teruskan membaca untuk melihat keunikan Stadium Ras Abu Aboud ini lagi.

EamdLyGUMAA2d3-

Apa lagi keunikan Stadium Ras Abu Aboud ini?

OK. Selain menggunakan kontena, Stadium Ras Abu Aboud ini juga muncul sebagai stadium bola sepak pertama didunia yang boleh dicabut dan dipasang kembali ke lokasi lain sekiranya diperlukan. Power kan.

Dalam istilah bahasa Inggeris, ia disebut sebagai ‘demountable‘ yang mungkin dapat memberikan gambaran lebih jelas mengenai struktur stadium ini.

Menurut laporan dari IFP Info, Stadium Ras Abu Aboud yang memiliki kapasiti 40,000 orang penonton ini akan dileraikan terus sejurus tamat kejohanan Piala Dunia 2022 bagi memberikan laluan kepada pembangunan waterfront untuk rakyat tempatan.

EamdN7WUcAAU3Mv

Selain itu juga, tempat duduk serta bumbung stadium ini turut akan diguna semula dalam projek pembangunan fasiliti sukan atau acara lain yang bakal menjimatkan kos dimasa depan.

Mengikut laman web Pan Stadia & Arena Management, lebih 80% peratus bahan yang digunakan dalam pembinaan stadium ini adalah bahan  kitar semua/guna semula dari bangunan yang telah dimusnahkan termasuk besi, elektronik, kayu dan sebagainya.

Dimaklumkan juga sehingga 11 Mei 2020, sebanyak 923 buah kontena sudah dihantar ke tapak pembinaan dari keseluruhan 949 buah kontena yang diperlukan bagi menyiapkan projek ini nanti.

body-1-8_0-900×506

Kos pembinaan yang minima serta memastikan kegunaan semula dimasa akan datang adalah resipi utama dalam perancangan pembinaan stadium ini yang disifatkan lebih sustainable.

Fenwick Iribarren Architect adalah firma yang bertanggungjawab untuk merealisasikan visi tersebut dan ketika ini pembinaan sedang giat dijalankan serta dijangka akan menjadi tumpuan para peminat bola sepak seluruh dunia ketika kejohanan Piala Dunia 2022 berlangsung nanti.

Saksikan video simulasi Stadium Ras Abu Aboud dibawah ini apabila siap sepenuhnya nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Lihat Keadaan Padang Stadium Mitr Phol Yang ‘Menggiurkan’ Ini, Siap Siaga ‘Menyambut’ Pembeli Barangan Rasmi Kelab

Ini Strategi Bagaimana Jersi Buriram United Laku Keras, Sasar Jualan 30,000 Helai Jersi Bernilai RM2.85 Juta!

‘Goyang’ Untuk Berdepan Malaysia, Vietnam Kalut ‘Speed Up’ Proses Dokumentasi Pemain Kacukan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group