Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan rasmi petang tadi mengesahkan bahawa venue perlawanan akhir saingan AFC Cup 2019 akan dilangsung di Kuala Lumpur pada 4 November 2019.

Perlawanan akhir AFC Cup itu yang menemukan pasukan 4.25 SC dari Korea Utara dan Al Ahed dari Lebanon pada asalnya dijadualkan akan berlangsung di Shanghai pada 2 November.

Pihak AFC juga memberitahu bahawa pertukaran venue dan tarikh perlawanan itu telah dimaklumkan kepada kedua-dua pasukan dan Stadium Kuala Lumpur telah dipilih bagi perlawanan tersebut yang akan bermula pada jam 9 malam.

Menurut maklumat lain yang diterima, keputusan untuk mengadakan perlawanan akhir AFC Cup 2019 di Kuala Lumpur itu adalah berdasarkan pertimbangan berkaitan dengan faktor penyiaran dan promosi perlawanan yang boleh ditonton di Asia dan juga Timur Tengah.

Baca juga artikel lain mengenai bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk rujukan anda.

Akira Nishino: Durasi Perlawanan Bola Sepak Di Negara Bukan ‘High Level’ Adalah Lebih Pendek

China Bakal Tambah Empat Pemain Naturalisasi Dalam Skuad Kebangsaan

Bawa Masuk ‘Messi Vietnam’ Sedap Bunyinya, Faedah Tidak Seberapa Dari Pengikut Instagram

Sumber