Ketua pasukan JDT, Hariss Harun, tidak merasakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang ‘badi’ kepada skuad Harimau Selatan selepas kali terakhir mereka tewas pada 2014 di tangan Pahang pada pentas final Piala Malaysia.

Menurut pemain dari Singapura berkenaan, keputusan pada lima tahun lalu sudah menjadi sejarah dan mereka mahu membuat lembaran baharu memburu kejuaraan kedua Piala Malaysia pada perlawanan akhir berdepan Kedah.

“ Apa yang sudah lepas dan apa yang terjadi, sudah menjadi sejarah dan esok kami berpeluang membuat sejarah baharu kepada JDT, saya serta rakan-rakan hanya fikirkan apa mahu dilakukan dalam perlawanan.

73539204_3118901778182306_6240237836390367232_o

“ Ada sahaja beberapa gelanggang kami pernah pergi sebelum ini keputusan tidak baik kepada kami tetapi akhirnya berjaya mendapatkan keputusan yang baik, jadi saya harap perkara sama akan berlaku di sini serta mahu hadiahkan kemenangan kepada penyokong-penyokong JDT.

“ Saya harap kombinasi bersama pemain lain di bahagian tengah dengan Leandro Velazquez serta Afiq Fazail akan memberikan kekuatan tambahan kerana persefahaman antara kami bertiga semakin baik dalam tiap perlawanan, ” katanya.

Kali terakhir JDT muncul juara pada 2017 menewaskan Kedah, Hariss tidak beraksi apabila dipinjamkan ke Home United pada penghujung musim yang ketika itu dikendalikan jurulatih Kedah pada masa ini, Aidil Sharin Sahak.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda.

Safawi Rasid Mahu Hadiahkan Trofi Piala Malaysia Untuk JDT

5 Perkara Penting Buat Penyokong Kedah Dan JDT Menjelang Aksi Final Piala Malaysia

Perlawanan Gila Di Stadium Darul Makmur, Kedah Jumpa JDT Di Final Piala Malaysia 2019

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group