Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) semalam telah mengumumkan kerjasama dengan PT Jakarta Propertindo (PT Jakpro) untuk penggunaan Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) sebagai gelanggang rasmi pasukan kebangsaan Indonesia.

Sebelum ini, skuad Garuda sering menggunakan Stadium Utama Gelora Bung Karno sebagai venue rasmi untuk perlawanan di peringkat antarabangsa namun mereka kini berpindah ke stadium berkelas dunia yang turut dilengkapi dua padang latihan di sekitarnya.

Memiliki kapasiti sebanyak 82,000, stadium itu turut mempunyai fungsi atap bumbung mudah alih yang boleh buka tutup seperti gelanggang Real Madrid iaitu Stadium Santiago Bernabeu.

“Alhamdulillah PSSI gembira perjanjian kerjasama dengan PT Jakpro mengenai penggunaan Jakarta Internasional Stadium. Apabila stadium itu sudah siap sepenuhnya, pasukan Indonesia memiliki alternatif tempat untuk melakukan latihan pusat atau menghadapi perlawanan di sini,” kata Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi.

JIS juga merupakan gelanggang rasmi Kelab Liga 1 Indonesia iaitu Persija Jakarta dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun depan. Ia juga bakal menjadi mercu tanda baharu ibu kota Jakarta.

“PSSI mengucapkan terima kasih kepada Gabenor Jakarta (Anies Baswesdan) yang memberikan kemudahan bagi timnas Indonesia untuk melakukan latihan pusat di sini. Semoga kerjasama ini memberi manfaat bagi kedua-dua belah pihak,” tambahnya.

Gabenor Jakarta berharap kerjasama diantara PSSI dengan PT Jakpro akan membantu melahirkan lebih ramai pemain bola sepak Indonesia yang berkualiti setaraf dengan kemudahan berkelas dunia.

“Fasiliti yang ada di sini boleh membuatkan bakat terbaik berkembang. Ini harapan kita. Oleh kerana itu, kita harus bekerjasama,” kata Anies.

Selepas siap sepenuhnya, stadium ini akan menjadi antara stadium yang paling canggih di Asia Tenggara setaraf dengan Stadium Sultan Ibrahim milik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Kelab Divisyen 2 Indonesia Bakal Menentang Fenerbahce Di Turki

RASMI: Jorge Pereyra Diaz Sah Sertai Kerala Blasters Dalam Saingan India Super League Musim 2021/2022

Park Hang-seo Ada 6 ‘Assistant’ Dari Korea Selatan Demi Persiapan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group