Kekalahan 3-1 kepada Selangor pada hari sabtu lepas tidak mematahkan semangat Sri Pahang untuk terus memburu 3 mata penuh dalam saingan Liga Super 2021 apabila mereka dijadualkan bertemu Perak di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Bagaimanapun, pengendali skuad tok gajah, Thomas Dooley menyifatkan tiada kelebihan memihak kepada pasukannya walaupun beraksi di halaman sendiri dan beliau yakin dengan kemampuan pemainnya.

“Saya telah melatih mereka dalam sesi latihan dan mereka janji akan bekerja keras. Ia seperti bermain di tempat lawan di Stadium Darulmakmur kerana penyokong masih tidak boleh masuk, jadi tiada kelebihan untuk kami.

“Saya harap kami dapat mengambil peluang ini untuk mengutip 3 mata,” katanya seperti dipetik dalam New Straits Times. 

EvzlY0wUcAczH2v
FOTO: MFL

Mengulas mengenai kekuatan pasukan Perak, Dooley melihat pasukan itu dibarisi oleh ramai pemain berkualiti walaupun mencatat keputusan seri ke atas PJ City minggu lepas.

“Walaupun mereka seri, kami tidak boleh memandang rendah. Mereka mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencatat kemenangan,” jelasnya.

Pahang dijangka akan turun tanpa dua tonggak utama, Hafiz Ramdan dan Mamadou Wague kerana kedua-dua pemain itu dilanda kecederaan. Manakala Pedro Henrique dan Yevhen Bokhashvili akan mengetuai jentera serangan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kelantan FC Jana RM43,972 Hasil Jualan Siaran ‘Pay-Per-View’ Dan Jersi Edisi Khas Bertemu Perak II

Lebih 30 Pemain Akan Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian