Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sri Pahang FC menandatangani seorang lagi pemain import iaitu Pedro Henrique bagi mengukuhkan jentera serangan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang dimana Pedro akan mengisi kuota pemain import Asean memandangkan beliau mempunyai kerakyatan Timor Leste.

Pedro Henrique

Sumber Gambar: Bernama

“Kami harap Henrique dapat menyesuaikan diri dan membentuk sebuah pasukan yang mantap dalam usaha membantu Sri Pahang melakar kejayaan musim ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pedro Henrique sebelum ini pernah beraksi bersama dua pasukan Liga Malaysia iaitu PKNS FC (2015) dan Petaling Jaya City FC (2019).

Sepanjang dua musim beraksi bersama dua pasukan di atas, Pedro berjaya merekodkan 17 jaringan dalam semua kejohanan.

Sebelum ini, Sri Pahang telah berjaya mendapatkan bekas penyerang kelab Indonesia, PSS Sleman iaitu Yevhen Bokhashvili yang menggantikan tempat Sergio Aguero dimana pemain itu akan dipinjamkan ke kelab lain sehingga mencapai tempoh 5 tahun untuk dinaturalisasikan sebagai pemain tempatan dalam skuad Sri Pahang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

‘Mesin Gol’ Dari Ukraine Sertai Pahang Ganti Tempat Sergio Aguero

Dua Syarikat Tempatan Tak Jadi Ambil Alih Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman

Kisah Penswastaan Kedah FC Dari Sisi Shaizuan Flumen Holdings Sdn Bhd Yang Peminat Kedah Perlu Tahu

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group