Kelab Bola Sepak Sri Pahang (SRP) mula mengorak langkah ke hadapan apabila sedang mempertimbangkan cadangan untuk membina dan menyiapkan sebuah pusat latihannya sendiri di Kuantan.

Perkembangan itu diumumkan melalui laman facebook rasmi Sri Pahang semalam. Menurut CEO Sri Pahang, Datuk Sufian Awang, pembinaan pusat latihan ini sebagai salah satu insentif bagi menyuntik nafas baru seiring usaha meningkatkan lagi kualiti dan prestasi pasukan terutamanya barisan pemain.

“Beberapa lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak pusat latihan itu telah dikenalpasti dan kini sedang dalam perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan,” tulis kenyataan rasmi.

Difahamkan, pusat latihan itu dilengkapi dengan beberapa buah padang dan ‘club house’ untuk kegunaan para pemain dan barisan jurulatih. Pembinaannya sudah lama dirancang namun perkembangan lanjut mengenainya akan dimaklumkan kepada para penyokong setia Tok Gajah selepas segalanya telah dimuktamadkan.

Sudah tentu pembinaan pusat latihan ini merupakan berita yang paling ditunggu-tunggukan oleh peminat Sri Pahang setelah dikritik hebat oleh jurulatih baharu dari Amerika Syarikat, Thomas Dooley beberapa bulan lalu.

Diharapkan lebih banyak kelab Liga Malaysia mula serius melabur dalam pembinaan Pusat Latihan sendiri supaya dapat membantu memperkasakan pasukan dan menjadi sebuah kelab bola sepak yang sebenar.

Ketika ini, hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai kemudahan latihan berkelas dunia dan mempunyai pusat perubatan sendiri. Mereka turut menambah peralatan baharu dan kepakaran untuk memastikan setiap pemain skuad Harimau Selatan berada pada tahap optimum.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kuching City Dan TRW Kelantan Tempah Tiket Ke Piala Malaysia 2021

Baddrol Bakhtiar Muncul Sebagai Penjaring Terbanyak Pemain Tempatan Liga Super 2021

Isu Pertukaran Pemain: Empat Pegawai Perlawanan Digantung Tugas Selama Tiga Bulan

Liga Super: Ifedayo Olesegun Pecahkan Rekod Mohamad Ghaddar