Sri Pahang giat mencari pemain import apabila dilaporkan memburu khidmat pemain sayap skuad kebangsaan Filipina bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, Pahang memburu pemain sayap Filipina yang ketika ini beraksi dalam saingan Thai League 1 bagi melengkapkan kuota pemain import.

Ketika ini, terdapat beberapa pemain sayap Filipina yang mewarnai saingan Thai League 1 antaranya Patrick Reichelt (Suphanburi), Javier Patino dan OJ Porteria (Ratchaburi Mitr Phol) serta Iain Ramsay (PT Prachuap).

Reichelt merupakan pemain yang tidak asing lagi dalam saingan Liga Malaysia apabila sebelum ini beraksi bersama Melaka United pada saingan musim 2019.

Sri Pahang
Sumber Gambar: MUSA

Tambah Avinesh, selain mencari pemain dari Filipina, Sri Pahang juga mahu mencari pemain dari Tajikistan, Uzbekistan dan juga Lebanon bagi memperkuatkan pasukan.

Setakat ini, Pahang hanya mempunyai dua pemain import dalam pasukan iaitu Herold Goulon yang dikekalkan dari skuad musim lalu dan Lee Tuck yang ditandatangani selepas dilepaskan oleh Terengganu FC.

Bagi menghadapi saingan musim 2021, Pahang bakal dibimbing oleh bekas ketua jurulatih skuad The Azkals dari Amerika Syarikat, Thomas Dooley dan beliau bakal dibantu oleh jurulatih dari Perancis.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

AFC Cup 2021: Aidil Sharin Ramalkan Persipura Jayapura Sertai Kumpulan H

Simon Elissetche Saman Kuala Lumpur United RM3.5 Juta

Sabah FC Mahu Dapatkan Khidmat Pemain Sayap Indonesia, Saddil Ramdani