Sri Pahang dilaporkan bakal melengkapkan proses naturalisasi dua pemain mereka iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero sekaligus membolehkan kedua pemain didaftarkan sebagai pemain tempatan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran ketika beliau menjawap pertanyaan mengenai status semasa Tuck dan Aguero sama ada Sri Pahang meneruskan proses naturalisasi kedua-dua pemain.

Tahun 2022 menjadi tahun kelima Tuck dan Aguero beraksi dalam saingan Liga Malaysia dan tempoh ini sudah cukup untuk kedua pemain memohon untuk menjadi pemain naturalisasi seperti tiga pemain sebelumnya iaitu Mohamadou Sumareh, Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi.

Akan tetapi, proses naturalisasi Lee Tuck mendapat kritikan dari salah seorang bekas pemain bekas pemain Melaka United dan Felda United iaitu Curran Ferns dimana Ferns menganggap menuduh Tuck menipu rakyat Malaysia dalam usaha beliau untuk mendapatkan kerakyatan.

Sri Pahang
Sumber Gambar: Instagram Curran Ferns

“Memakai lilitan ketua pasukan Sri Pahang namun menipu rakyat Malaysia dan rakan sepasukan sendiri dimana dia mendakwa mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

“Jadilah lelaki sebenar dan mengaku anda telah menipu semua orang untuk mendapatkan pasport bagi meneruskan hidup. Jika anda benar-benar sayangkan Malaysia, berhenti bermain bola sepak dan bekerja di kedai mamak dan menghargai budaya di sana.

“Tunjukkan kepada semua orang bahawa anda mendapatkan pasport dengan niat yang betul dan bukalah kedai dengan nama “Lee Roti Bar” dan segera lupakan bola sepak,” kata Curran Ferns.

Sebelumnya, Ferns memerli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana memberikan kerakyatan kepada pemain yang menipu mengenai status pertalian darah dengan Malaysia.

Sri Pahang
Sumber Gambar: Instagram Story Curran Ferns

“Menarik kerana FAM mahu memberi kerakyatan kepada pemain yang menipu mengenai statusnya bagi mendapatkan pasport untuk tujuan kepentingan peribadi.

“Untuk mewakili Malaysia dan menjadi warganegara, ianya lebih dari sekadar bola sepak. Bagaimana kita boleh benarkan seseorang yang cuba untuk memanipulasi masyarakat dan menipu kepada semua orang hanya kerana namanya kedengaran seperti orang Asia, hanya untuk memenuhkan poket sendiri.

“Ini adalah penghinaan terbesar dan seperti mendapat tamparan keras di muka. Tunjukkan dokumen anda yang mengatakan anda mempunyai keturunan Malaysia kerana anda telah bercakap kepada media untuk satu masa yang lama.

“Sekarang anda perlu buktikan atau meminta maaf kepada rakyat kerana menipu dan biarkan rakyat untuk menilai sama ada anda layak untuk menjadi warganegara Malaysia atau sebaliknya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Empat Pemain Baharu Bakal Sertai JDT Dalam Masa Terdekat

AFC Buka Tawaran Untuk Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023

Perlawanan Persahabatan: De Paula Tutup Mulut Pengkritik, Bantu Skuad Negara Atasi Brunei