Jose Mourinho dengan sinis melabel Premier League (PL) sebagai liga terbaik di dunia.

Ini selepas badan pengelola liga – PL – membuatkan Spurs dan Fulham terus menunggu sama ada aksi liga mereka diteruskan ataupun ditunda. Ini berikutan beberapa pemain Fulham disahkan dijangkiti Covid-19 selepas saringan dilakukan.

Mourinho menggunakan media sosialnya untuk menyindir PL. Mourinho tidak berpuas hati dengan PL, di mana pegawai mereka sangat lembab untuk mengemaskini perkembangan semasa.

Dilaporkan Spurs langsung tidak dapat informasi dari semasa ke semasa. Dan mereka menunggu di lobi khas yang menempatkan pemain dan pegawai EPL.

Menerusi statusnya di Instagram, Mourinho menyatakan: “Perlawanan 6 petang, dan kami masih tak tahu sama ada kami ni akan bermain atau tidak. Liga terbaik di dunia.”

Secara keseluruhannya, PL mengesahkan 18 pemain dan pegawai positif covid-19. Angka tertinggi dalam lingkungan ‘gelembung’ Liga Perdana Inggeris setakat ini.

EPL ada gelembung mereka sendiri, di mana para pemain dan pegawai dilarang keluar daripada gelembung itu. Jika mereka keluar, mereka terpaksa disaring dan dikuarantin.

Aksi Manchester City dan Everton di bandar Liverpool juga ditunda, 4 jam sebelum sepak mula selepas penularan wabak berlaku dalam kem pasukan pelawat.

Everton tidak gembira dengan keputusan Premier League itu dan meminta maklumat terperinci tentang perkara itu.

Dalam perkembangan yang lain, PL sedang mempertimbangkan kemungkinan memberikan rehat musim sejuk seperti mana beberapa liga lain di dunia.

EPL tak ada tradisi berehat musim sejuk. Dengan situasi wabak yang melanda, EPL kemungkinan akan melakukannya buat pertama kali.

Baca juga perkembangan lain

Klopp Puji Semangat Juang Pemain Namun Akui Ketumpulan Serangannya

Mourinho Sahkan Bale Cedera Lagi

Rashford Jaring Gol Kemenangan Dramatik Pada Masa Kecederaan